Chasing the stars
  • مقروء 72
  • صوت 34
  • أجزاء 8
  • مقروء 72
  • صوت 34
  • أجزاء 8
إكمال، تم نشرها في أكتـ ٢٠, ٢٠٢٤
"𝓵𝓪𝓷𝓰𝓴𝓪𝓱 𝓴𝓮𝓬𝓲𝓵,𝓲𝓶𝓹𝓲𝓪𝓷 𝓫𝓮𝓼𝓪𝓻"

Mengisahkan tentang Yurina Nasyirah, seorang remaja yang terpaksa menghadapi kehidupan yang penuh cabaran selepas perceraian ibu bapanya. Sebagai anak sulung, dia memikul tanggungjawab besar sambil menyimpan impian untuk melanjutkan pelajaran. Namun, kekangan kewangan dan tekanan keluarga membuatnya berfikir untuk memilih jalan perkahwinan sebagai cara keluar. Dalam dilema ini, Yurina menemukan kekuatan dalam dirinya untuk berjuang demi impian dan akhirnya berjaya mendapatkan biasiswa, membuka jalan untuk masa depan yang cerah tanpa perlu bergantung kepada orang lain. Cerita ini menunjukkan perjalanan berani seorang gadis dalam mengharungi kehidupan dan mencapai impian.
جميع الحقوق محفوظة
قم بالتسجيل كي تُضيف Chasing the stars إلى مكتبتك وتتلقى التحديثات
or
#529bahasamelayu
إرشادات المحتوى
قد تعجبك أيضاً
SAMPAI SYURGA (COMPLETED) بقلم edennforyou
62 جزء undefined أجزاء إكمال
(COMPLETED) Dua orang sahabat karib yang selalu ada ketika suka dan duka. Namun satu tragedi telah memisahkan mereka berdua. - "Be with someone who always wants to know how your day was." Rafiq - Seorang remaja berusia 17 tahun yang peramah dan memiliki rupa paras yang kacak kerana ada kacukan melayu-inggeris. Farhan - Seorang remaja melayu berusia 17 tahun yang memiliki perangai panas baran tetapi selalu ada ketika Rafiq dalam kesusahan. ••• Farhan menyorok di celah ketiak Rafiq untuk melindungi dirinya dari terkena panas juga. Nasib lah Rafiq ini lebih tinggi daripadanya. Tinggi Rafiq 180cm, Farhan pula 163cm sahaja. "Eh, eh. Apa ni?" Kata Rafiq setelah melihat Farhan merapatkan tubuh dengannya. "Aku panaslah. Nak berlindung kejap je." Balas Farhan dengan muka tidak bersalah. "Tadi kau kata aku macam longkang kan? So kiranya bau aku pun macam longkanglah kan? Ni tak malu ke dekat dengan longkang?" Kata Rafiq menyindir kembali. "Ketiak kau bau longkang pun longkanglah janji aku tak hitam." Balas Farhan bersahaja langsung tidak terkesan dengan sindiran Rafiq itu. ••• "Shu... Shu... Dah... Dah... Aku dah maafkan kau. Janganlah emosi sangat si manja pipi merah-merah sayang saya sorang ni." Teriakkan Farhan jadi semakin kuat sebaik sahaja tubuhnya dipeluk erat. "Aku janji aku akan jadi sahabat baik kau sampai bila-bila. Aku janji. Aku akan jaga kau macam adik aku sendiri." Pujuk Rafiq seperti seorang abang yang penyanyang. "Kat dunia ni aku dah takde adik-beradik lain dah Rafiq. Aku anak tunggal. Kau ajelah yang aku ada." Farhan menyeka air matanya. Semakin lama semakin perlahan tangisannya.