Book 3.
Kaira Alara.
Diterajang, dilempang, dibelasah... sebutkan apa sahaja segala jenis penderaan fizikal. Semua dia sudah rasa berpunca daripada bapa kandung sendiri iaitu Dato' Khalid. Gelaran dato' pada pangkal nama lelaki tua itu ibarat hiasan dan kebanggaan semata.
Walhal, dia dan ibunya, Puan Wahida hidup merana.
Sejak kecil lagi, segala pukulan yang dikenakan ke atas dirinya ibarat pelengkap hari-hari Kaira Alara. Malah, hendak berkawan dengan sesiapapun gadis itu terasa takut. Risau jika diapa-apakan bapa kandungnya.
Tak cukup trauma dengan zaman kanak-kanaknya, Kaira Alara membesar menjadi seorang perempuan yang lebih tertutup. Tiada siapa pun mampu mengetahui isi hati wanita itu.
Sehinggakan suatu hari dia berfikir, dia tak layak bahagia kah?
"You taknak beri I peluang ke?" Soal Kaira Alara. Lelaki itu, satu-satunya yang pernah bertakhta di hatinya dulu.
"Aku tak boleh terima status kau anak Dato' Khalid, Kaira." Kaira Alara bungkam. Sebeban inikah status dia sebagai anak Dato' Khalid pada pandangan orang lain?
"I memang nampak tak boleh diharap. But trust me, I'm dependable. Sekali I cintakan seseorang, I takkan pandang perempuan lain." Fikirnya, tiada orang lain sanggup menerima dia. Tapi, hairan. Rupanya ada.
"I takut, bila-bila masa aje you boleh buang I. I perempuan yang teruk."
Soalnya, sampai bila Kaira Alana akan terus terperangkap dengan masa lalunya?
status: coming soon [2025]
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi