42 parts Ongoing POV1 (2017-2024)
Dia unik, sangat unpredictable!
Baru aje tiga bulan dia mengenali seseorang yang mula dianggap istimewa dalam hidupnya, orang tersebut pula boleh lempar tahi kat wajah dia. Myra Dhya fed up, menyampah, bengang dengan diri sendiri yang asik-asik kecundang dalam dunia percintaan. Agaknya kan, dah tiba masanya dia reda dengan ketentuan Ilahi, seorang Myra Dhya telah ditakdirkan bersendiri hingga akhir hayatnya.
Tapi masa hati dipujuk untuk menerima takdir, datang pula dua malaun yang dulunya menabur janji, kini dirayu semula janji mereka macam orang miskin tak bertempat.
"Saya tahu saya pernah lukakan awak. Tapi itu tak bermakna saya tak layak dapat peluang kedua, Dhya." Azharul Aiman.
"Dhya, maafkan Fiq. Fiq janji Fiq takkan buat benda macam dulu lagi. Fiq janji Fiq bertanggungjawab atas segala apa yang pernah Fiq buat kat Dhya. Can you just forgive me... " Iqram Fiqri.
Tak habis dengan dua orang tu, muncul pula orang ketiga yang Myra sendiri tak harapkan. Bukan main drama sangat pula tu punca pengenalan mereka. Hanya sebab tertukar telefon semasa mereka menghadiri majlis pernikahan kawan baiknya, Myra terpaksa jadi date mamat mesra alam itu tak pasal-pasal.
"Excuse me?" Myra Dhya
"Oh, lupa nak perkenalkan diri. Nama saya Harit Danial, selamat berkenalan." Tengku Harit Danial
Myra tahu, bukan mudah baginya untuk mengcloroxkan cita-cita dua orang ex tak guna dia tu untuk memilik cintanya kembali. Tapi kemunculan Harit Danial pula makin rumitkan keadaan. Lagilah bila Harit Danial kata...
"Banyaknya yang nakkan awak, kan? If that so, I want to join this competition too. Because I also want you." Tengku Harit Danial.