"Kisah ini menceritakan tentang dua sahabat akrab, Amira dan Mira, yang ibarat sehidup semati. Amira terkenal dengan sikapnya yang sering bermain-main dengan perasaan orang, kerap menukar-nukar 'crush'. Sementara itu, Mira lebih suka menghabiskan masanya dengan anime. Namun, Amira begitu terlampau dalam hal ini, hingga pernah mempunyai tiga teman lelaki pada satu masa. Suatu hari, Mira perlu menghantar projek Bahasa Arab yang bertajuk Keluarga Saya. Amira terkejut besar apabila mengetahui bahawa Mira sebenarnya mempunyai seorang abang, sesuatu yang Mira tidak pernah ceritakan sebelum ini. Di saat itulah, naluri 'buaya' Amira mula bangkit."
5 parts