' 𝐓𝐈𝐌𝐄𝐋𝐈𝐍𝐄
𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 1 Jan 2025
𝗘𝗡𝗗 :
' 𝐎𝐅𝐅𝐈𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐎𝐍𝐆
Bahagia Milik Kita - Syamel
𝗛𝗮𝗻𝗻𝗮𝗵 𝗔𝘂𝗹𝗶𝘆𝗮 - Satu-satunya anak perempuan kepada Encik Abdullah dan Puan Hafizah. Hannah menetap di bumi Arab untuk tempoh yang panjang demi menamatkan pengajiannya, dan kini kembali dengan penuh ilmu serta pengalaman. Dia seorang gadis lemah lembut, bertutur sopan, dan sentiasa menjaga tingkah laku. Kehadirannya dikenali dengan keperibadian yang menjaga batas dan penampilan berhijab yang sempurna, memancarkan aura sopan dan menenangkan setiap mata yang memandang.
𝗭𝗮𝗳𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗹-𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 - Seorang anggota Tentera Darat Malaysia dari unit Gerak Khas, memegang pangkat Leftenan Komander pada usia 25 tahun. Zafran pernah mengharungi kisah cinta pahit bersama Amanda, yang berakhir dengan pengkhianatan beberapa hari sebelum pernikahan mereka. Tambahan lagi, Amanda pernah menghina kerjayanya sebagai seorang tentera.
Sejak peristiwa itu, Zafran menyimpan rasa takut untuk membuka hatinya semula. Dia bimbang cintanya akan diterima, tetapi bukan dirinya yang sebenar sebagai seorang tentera. Hari demi hari, Zafran cuba menyingkirkan segala kenangan lama... sehinggalah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis bernama Hannah Auliya.
Pertemuan mereka berlaku di sebuah majlis ilmu. Pandangan mereka bertaut dalam diam, dan benih rasa yang sukar diungkap mula bersemi. Zafran yakin, Hannah adalah anugerah daripada Yang Maha Esa, satu hadiah yang hadir tepat pada masanya untuk mengisi ruang hati.
"Ibu... kalau ibu tolong hantarkan rombongan merisik untuk orang, boleh?" -Zafran Al-Azhar
Dari lubuk hatinya, Zafran sedar dia belum sepenuhnya bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami. Namun, dia juga percaya bahawa sesuatu yang baik tidak harus ditangguhkan.
"Buktikan lafaz cinta awak terhadap saya." -Hannah Auliya
Perkahwinan yang bermula 4 tahun lepas yang disangka akan berakhir dengan bahagia rupanya tidak setelah pernantiannya di KLIA membawa duka dalam hidup.
"Ya. I love her so much. More than I love you, Adellya." - Hareez.
Muncul orang ketiga antara mereka. Dia cari mana silapnya sehingga semua ini terjadi. Namun, ayat yang keluar dari mulut Hareez membuatkan dia terpaksa meminta sebuah perpisahan.
"Kita tetap akan berpisah. Kalau you tak nak selesaikan hal ni dengan baik, I akan tuntut fasakh." - Adellya.
Sikap acuh tak acuh Hareez mengenai perceraian mereka membuatkan Adellya bertambah geram.
Dan kehadiran Kapten Zafran dapat mengubat luka di hati Adellya.
"Just give me a chance and I will make you happy forever, your life will become like a rainbow, Adellya. That's my promises. Trust me. I will." - Kapten Zafran.
Namun, sekali lagi duka hadir dalam hidup dia. Dapatkah Adellya meneruskan kehidupannya setelah beberapa kali dia menanggung luka? Siapa yang akan menjadi pilihan, Hareez atau Zafran?