Irena Petrova Romanovsky adalah seorang gadis muda yang masih memiliki darah bangsawan kerajaan, tetapi hidupnya seperti terpenjara di rumah agam milik keluarganya. Setelah kematian kedua orang tua dan abangnya, Irena dijaga oleh keluarga yang hanya menginginkan kekayaannya, memaksanya untuk hidup dalam bayang-bayang kemewahan yang tidak diinginkannya. Dalam keputusasaannya untuk mencari kebebasan, Irena terjebak dalam konspirasi berbahaya ketika dia menyedari bahawa keluarganya merancang untuk membunuhnya demi menguasai harta warisan.
Dalam usaha untuk melarikan diri, Irena bertemu dengan Kai Arthur Wolf, seorang lelaki misteri asal Jerman yang datang ke Rusia untuk menyelesaikan urusan rahsia. Meskipun awalnya Kai bersikap dingin dan tidak menunjukkan emosi, dia tidak dapat mengabaikan rasa tanggung jawabnya untuk melindungi Irena. Dengan latar belakangnya yang penuh rahsia, Kai menyembunyikan lebih banyak hal daripada yang terlihat, dan interaksi mereka membawa Irena ke dalam pengembaraan yang penuh ketegangan, pengkhianatan, dan penemuan diri.
Dalam perjalanan mereka, Irena berusaha untuk mengatasi ketakutan dan mengungkapkan identiti dirinya yang sebenarnya, sementara Kai berjuang dengan rahsia masa lalu yang mengancam untuk menghancurkan segalanya. Apakah mereka akan dapat melarikan diri dari belenggu keluarga Irena dan menemukan kebebasan yang mereka impikan, atau akankah mereka terperangkap dalam jaring konspirasi yang lebih dalam?
Buku keempat
Putera Aisar Iskandar
Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya sekelip mata berubah apabila dia bertemu dengan si dia.
Tengku Puteri Dhia Aralyn
Puteri Kerajaan Negeri Treez. Tetapi dia bertingkah seolah bukan puteri. Sejak dari kecil dia sering dimomokkan bahawa dia aneh, dan tidak punya rupa. Malah pekerjaannya sebagai seorang doktor langsung tidak menggambarkan dia sebagai puteri raja. Tiada siapa yang mengetahui bahawa Treez mempunyai seorang puteri yang cantik.
Namun keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka.
Sang Putera jatuh cinta, tetapi si Puteri bertindak lari.
Sang Putera mencari empunya puteri, si Puteri menyembunyikan diri.
Sang Putera dingin ais beku, si Puteri pula nakal berbatu batu.
Namun keduanya diuji dengan pelbagai dugaan hingga akhirnya si Puteri nekad meninggalkan sang Putera. Sang Putera rela membuang takhta demi mencari si kekasih hati.
Bagaimana kisah keduanya?
Love- Yes
Cliche- No
Royal story tetapi bukan sebarang royal story. Its royal story moden. Tiada istilah klasik klasik digunakan.
Juga pelbagai istilah perubatan digunakan. Jika tak pasti, boleh google atau dm author.
Harsh word may include. Apologize if this book is not for your type.
Start- 2 July 2023
End- 2 Sept 2023
Cover by @sofiah91. Thanks a lot to her..