21 parts Ongoing *SINOPSIS*
Patahnya Sayap Terakhir
Pertemuan pertama Cahaya Medina dan Danial Zafrel di sekolah menengah bukanlah seperti cerita cinta dongeng. Cahaya, seorang gadis tomboy yang lantang dan penuh keyakinan, bertembung dengan Zafrel, pelajar contoh yang lembut tutur katanya. Sikap mereka yang bertentangan sering mencetuskan perbalahan kecil, namun tanpa sedar, bibit-bibit cinta mula mekar dalam persahabatan mereka.
"Hai, sorry. Awak ponteng sekolah ke? Sebab tak pernah nampak muka awak sebelum ni."- Danial Zafrel
"Kepala otak kau ponteng sekolah! Aku murid baru, aku sesat!"- Cahaya Medina
Namun, selepas SPM, mereka terpisah tanpa sempat meluahkan perasaan. Cahaya menerima tawaran belajar ke luar negara, sementara Zafrel berada di London untuk mengambil alih syarikat keluarganya.
Bertahun kemudian, di bumi asing London, mereka bertemu semula secara tidak sengaja. Cahaya terkejut apabila Zafrel muncul dengan sebuah rantai kecil di tangannya rantai yang pernah dia hadiahkan sewaktu zaman sekolah.
"Cahaya, do you still keep this chain? I know you're surprised to see me."- Danial Zafrel
Pertemuan itu membawa mereka kembali kepada kenangan lalu, dan akhirnya takdir menyatukan mereka sebagai suami isteri. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama. Kemunculan Dristan Aqilah, seorang wanita manipulatif yang menyimpan dendam terhadap Zafrel, menjadi titik mula kehancuran. Dristan menggunakan segala cara, termasuk memperalatkan masa silam Cahaya, untuk menghancurkan rumah tangga mereka.
Fitnah, ancaman, dan ujian bertubi-tubi melanda, hingga Cahaya dan Zafrel mula meragui cinta mereka. Cahaya yang kuat sering menyimpan rasa hati sendirian, manakala Zafrel, dengan sikap lembutnya, cuba melindungi isterinya walau terpaksa mengorbankan dirinya.
Mampukah cinta mereka bertahan dalam badai yang memusnahkan? Atau adakah sayap kebahagiaan mereka akan patah, dan mereka terpaksa melepaskan satu sama lain demi kebebasan dari sengsara?