Book 2 Tengku Ashmal Nawfal & Arissa Zahira Orang cakap , selepas hujan pasti ada pelangi. Tapi tidak untuk hidup seorang Arissa Zahira. Ditinggalkan kedua ibu bapa akibat kemalangan. Di jodohkan pula dengan abang kepada kawan baiknya sendiri. Sedangkan lelaki itu sedikit pun tidak cintakan dia. Terima dia hanya kerana terpaksa. Lelaki itu lakukan ini hanya kerana tidak mahu bonda nya kecewa kerana tidak ikut apa yang dia mahu. Alasannya, Arissa sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini. Jadi sebaiknya Arissa dikahwinkan saja dengan Tengku Ashmal. Sadisnya.. dia ditinggalkan selepas seminggu menjadi isteri kepada Tengku Ashmal. Dengan alasan Tengku Ashmal ingin kembangkan bisnesnya ke luar negara. Arissa hanya pasrah. Andai ini yang Allah aturkan maka dia harus redha akan nasib dirinya. Ada suami tapi suami tiada di sisi. Isteri semata di atas kertas. Ya dia bakal menunggu Tengku Ashmal pulang dan selepas itu dia akan tuntut perpisahan. Lagi pula hanya keluarga sahaja yang tahu mereka berkahwin. Jadi tiada masalah jika mereka ingin berpisah kelak. Hal ini tidak melibatkan hati. Mungkin ya bagi pihak Tengku Ashmal tapi tidak pada Arissa Zahira. Dia cintakan suaminya. Ya, dia cintakan Tengku Ashmal Nawfal. Sampai suatu masa tiada lagi cinta dihatinya buat sang suami ,malah si suami pula yang menyatakan dia cintakan Arissa Zahira. Dia tidak akan biarkan hatinya kecewa lagi. Cukup hanya sekali.