Eshal Eryna, seorang doktor muda yang berkacukan Itali, memiliki kecantikan yang memikat dengan mata berwarna hazel yang sering menjadi perhatian. Walaupun hidupnya penuh dengan cabaran sebagai seorang doktor yang berdedikasi, hati Eshal yang pernah penuh dengan harapan kini hanya dipenuhi luka akibat pengkhianatan bekas tunangnya. Setelah peristiwa itu, dia menutup pintu hatinya rapat-rapat dan tidak mahu lagi mempercayai cinta. Namun, hidup kadang-kadang membawa perubahan yang tidak dijangka.
Di sisi lain, Aryan Luthfi, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia, memiliki kehidupan yang teratur dan penuh disiplin. Dengan senyuman menawan dan karisma yang memikat, dia tidak kekurangan pengagum, tetapi di dalam dirinya, dia juga seorang lelaki yang pernah terluka. Ketika mereka bertemu, dunia mereka yang terpisah jauh menjadi saling terkait. Bagi Eshal, Aryan mungkin hanya satu lagi lelaki yang datang dengan janji kosong. Bagi Aryan, Eshal adalah wanita yang enggan membuka hati, namun dia yakin-takdir kadang-kadang menuntut kita untuk berjuang, walaupun untuk cinta yang tak pernah dicari.
"Kenapa awak jalan tak tengok depan?" - Eshal Eryna
"Lah, kau yang tak tengok depan. Mata kau kat mana? dekat lutut eh? - Aryan Luthfi
"Excuse me? Awak yang langgar saya sekarang ni." - Eshal Eryna
"Oh, so salah aku jugak? kalau tak sibuk main telefon, benda ni takkan jadi." - Aryan Luthfi
"Saya scroll dokumen kerja, bukan main telefon! Tak semua orang macam awak, ada masa nak berlagak." - Eshal Eryna
"Berlagak? kau tak tahu pun siapa aku." - Aryan Luthfi
"Tak nak tahu pun." - Eshal Eryna
Apakah yang akan terjadi apabila dua dunia yang berbeza bertemu mereka bersatu ayau terus berjuang dengan luka dan perasaan yang belum sembuh?
Tak tahu cara nak tulis ayat?
susah nak fikir ayat yang sesuai?
Tak faham maksud?
Tak tahu cara untuk terangkan keadaan/situasi dalam novel?
Paling simple dan paling mudah untuk bagi pembaca faham apa yang anda cuba sampaikan. saya boleh kongsikan!