Story cover for CODE : LOVE for ECHO by imwnwoo
CODE : LOVE for ECHO
  • WpView
    Reads 171
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
  • WpView
    Reads 171
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
Ongoing, First published Oct 27, 2024
Adelia Sofiya, seorang pakar bedah trauma, terbiasa menyelamatkan nyawa dalam bilik pembedahan. Namun hatinya sendiri diuji apabila bertemu Leftenan Haris Adyan, komando PASKAU yang berjiwa kental tetapi penuh luka silam.

Hubungan mereka berkembang dalam diam, tetapi tidak mudah - Adlan, abangnya yang berpangkat Kolonel, menentang keras. Adzim pula menyimpan rahsia masa lalu bersama sahabat baik Adelia, Natalia.

Di saat cinta mereka diuji keluarga, muncul pula musuh lama Haris - Arman Mukhriz, bekas anggota PASKAU yang kini membawa dendam. Apabila Adelia menjadi sasaran, Haris dan pasukan Alpha Strike harus mempertaruhkan nyawa dalam operasi paling berbahaya.
Dalam dunia yang dikuasai oleh kod, senjata dan sumpah setia, mampukah cinta mereka bertahan?

CODE: LOVE for ECHO - kisah tentang pengorbanan, rahsia, persahabatan, dan cinta yang berani menentang sempadan antara keluarga, tugas dan hati.
All Rights Reserved
Sign up to add CODE : LOVE for ECHO to your library and receive updates
or
#8paskau
Content Guidelines
You may also like
NOKTAH DENDAM || OG by elvnaa
57 parts Ongoing
NOKTAH DENDAM membuka tirai. EMIR MIKAEL. Seorang lelaki yang hidupnya terikat dengan masa lalu yang kelam. Berusaha untuk meneruskan hidupnya seperti biasa, namun bayang-bayang silam sering kali menghantuinya. Kisah lampau yang tak pernah dia ingin ingat kembali. "Perempuan cantik memang selalu sombong ke?" - EMIR MIKAEL. Dengan beraninya, dia menambat hati sang wanita yang dia sendiri tidak tahu menahu siapakah si wanita tersebut. "Jom kahwin dengan aku nak? Boleh ride motor hari-hari. Tak payah pakai moto buruk kau tu dah." - EMIR MIKAEL. Semuanya begitu bahagia pada awalnya sehinggalah satu peristiwa merosakkan segalanya. Secara tak sedar telah membawa dirinya ke dalam lembah duka dan pengkhianatan. Dosa masa lalunya kini mengejarnya tanpa henti. Menyesakkan jiwa, mengoyakkan raga. MAYA DIANDRA. Seorang wanita penuh dengan pesona yang memikat. Namun, di sebalik senyuman manisnya, ada ribuan luka yang terpendam. Baginya, setiap langkah dalam hidup ini adalah untuk memperjuangkan sesuatu yang lebih besar daripada dirinya sendiri. Maya tahu apa yang dia mahu, dan dia tak akan berhenti sehingga mendapatkannya. "Mulut awak bau longkang! Jangan cakap dengan saya!" - MAYA DIANDRA. Kehadiran Emir benar-benar buat dia pecah otak. Ke mana saja dia pergi, di situ Emir akan menetap. Hari-harinya bagaikan satu penyeksaan sehinggalah perlahan-lahan, hatinya yang keras seperti batu itu mulai melembut seperti kapas. "Fine! Jom kita kahwin." - MAYA DIANDRA. Namun, siapalah yang tahu apa niat sebenar Maya. Adakah dia benar-benar telah luluh dalam cinta atau itu hanyalah sekadar ilusi derita? "Aku, derita yang kau tunggu." - MAYA DIANDRA. Dan rupanya, mereka sendirilah yang menjerut leher mereka tanpa ampun oleh kerana dendam yang tak bertampung.
OG | Abadi by notafoxy
39 parts Ongoing
"Boleh tak, kalau kita cuma hidup untuk masa sekarang?" ujar Jasmine Soraya, penuh dengan harapan yang dia sendiri tahu hanyalah sebuah mimpi. "Selamanya kita akan abadi, sayangku," balas Hans Ghaffar perlahan. Di sebalik nada tenangnya, tersimpan pilu yang terpaksa dia telan dalam diam. Dua pasang mata itu saling bertaut. Tiada kata, namun kesunyian itu menjadi kebahagiaan paling jujur, kebahagiaan yang kelak akan dirindui setengah mati oleh dua jasad yang terikat oleh waktu. "Aku sayangkan kau, Jasmine. Maafkan aku sebab mengambil masa yang terlalu lama untuk sedar akan tulusnya cinta kau." Bisik hati Hans. Anak matanya yang gelap masih terpaku pada wajah polos milik Jasmine. "Jasmine..." panggilnya perlahan. Belum sempat Hans berbicara, bunyi loceng jam berdentang nyaring membingitkan telinganya. Wajahnya memerah, urat-urat di pelipis jelas menegang, menahan sakit yang datang tanpa amaran. Hans bangkit tergesa-gesa lalu berlari meninggalkan Jasmine dalam keadaan terpinga-pinga. Di hadapan dinding yang dingin, Hans bersandar. Sebuah jam poket dikeluarkan dari sakunya. Dia menarik nafas dalam-dalam sebelum memusing tombol kecil di sisi jam itu. "Bawa aku pulang ke tahun 2026," ucapnya perlahan, seolah-olah merayu pada waktu sendiri. "Sayang, aku janji akan kembali." Desis hatinya sebelum mata itu terpejam rapat. Air mata kecewa akhirnya gugur, membasahi wajah lelaki yang terpaksa memilih antara cinta dan masa. Start: 23 December 2025 End:
You may also like
Slide 1 of 9
NOKTAH DENDAM || OG cover
Lumière cover
SUAMI AKU MR. ARIFF? | C cover
OG | Abadi cover
Rahsia Takdir Antara Kita  cover
My mischievous princess  cover
Doktor Ain Graduan CUCMS cover
MRS. AYSAR DAIYAN ( OG )  cover
KESAYANGAN TUN cover

NOKTAH DENDAM || OG