Kerana Lutfi... takdir mengikat dia dengan Arayan! "Bekas suami kau dah cagarkan kau sebagai bayaran, jadi kau kena kahwin dengan aku untuk langsaikan hutang," ucap Arayan, tak melayan langsung riak sedih yang Laura pamerkan. "Kenapa kena kahwin?" terlontar soalan cepumas itu di bibir Laura. "Habis, kau nak aku lacurkan kau? Aku cadang nak pakai kau sorang. Tapi kalau kau rasa nak masuk bidang tu, aku boleh aturkan," kata Arayan tegas, tanpa senyuman. Muka ketat dan tegang semedang. Laura Masura tak punya pilihan. Kena kerat lapan, atau jadi isteri Arayan? Lantas, dia pilih option kedua. Apa perasaan dia lepas jadi isteri ahlong? Seram! Tak boleh nak bayang, macam mana dia nak berinteraksi dengan Arayan. Suami dia, ahlong kut! Ceti haram. Namun, penampilan Arayan tak menunjukkan dia sebagai orang jahat. Tak pernah Laura jumpa ceti setampan dan sekacak Arayan Daain! Hati Laura mula tergoda, tapi dek kerana tak mahu punyai anak dengan latar belakang dunia gelap itu, Laura tepis perasaan yang mula muncul. Senang tekad, tapi susah nak buat. "Muka aku tak cukup handsome?" Tangan Laura dicapai. Lalu tapak tangan mulus itu dibawa meraba-raba wajahnya. "Dada aku tak cukup bidang? Huh?" Prap! Arayan koyak singlet di badan. Sakit hati punya pasal. Terus tertelan liur Laura. Mata tak beralih dari dada bidang dan kekar suaminya. Mantap sungguh eight packs, Arayan! Dalam menolak, Laura terikat. Arayan nafikan diri dia jahat. Tapi malam pertama mereka, Laura dah ditembak. Arayan kata dia jahat, tapi penampilan dan sikap lelaki itu buktikan sebaliknya. Laura jadi keliru. Siapa sebenarnya, suami dia? Dalam pada dominant, Arayan pandai bermanja. Dalam pada tegas, Arayan pandai ambil hati dia. Dalam pada garang, Arayan ambil berat tentang dia. Lantas, siapa THE DOMINANT, ARAYAN DAAIN yang sebenarnya?All Rights Reserved
1 part