Azran Melissa (SU)

Azran Melissa (SU)

  • WpView
    Membaca 251
  • WpVote
    Vote 25
  • WpPart
    Bab 2
WpMetadataReadBersambung16m
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sen, Mar 9, 2026
Usai sepuluh tahun perkahwinan Melissa dan Hazrel berakhir dengan luka yang tidak pernah dia bayangkan. Atas alasan kononnya Melissa mandul, Hazrel menceraikannya dan menjadikan hidupnya neraka-dipukul, dihina, dan ditindas oleh suami serta wanita simpanannya. Saat Melissa akhirnya memilih untuk pergi demi menyelamatkan maruahnya, dia tidak tahu bahawa bahaya yang lebih gelap menantinya. Tanpa pengetahuannya, Melissa dijual sebagai cagaran hutang kepada lelaki yang Hazrel sendiri takut untuk disebut namanya-Azran Louis, seorang ahli perniagaan tegas dan berpengaruh, terkenal dengan reputasi kelam yang tidak ramai berani cabar. Bagi Azran, Melissa bukan sekadar 'barangan' yang diserahkan kepadanya. Sejak pertama kali melihat wanita itu, dia tahu Melissa bukan seseorang yang mampu dia lepaskan begitu sahaja. Namun bagi Melissa, hidup bersama Azran terasa seperti keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Berkali-kali dia cuba melarikan diri, tetapi Azran sentiasa menemui cara untuk mengikatnya kembali-termasuk sanggup ditangkap basah hanya demi memastikan Melissa kekal berada di sisinya. Dalam ketegasan dan misteri Azran, Melissa mula melihat sesuatu yang Hazrel tidak pernah beri: perlindungan, kesetiaan, dan kasih yang tidak dipaksa. Tetapi parut lama masih menghantui. Melissa takut untuk percaya, takut untuk membuka hati, dan takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Antara trauma yang masih mencengkam dan peluang untuk sebuah permulaan baru, Melissa harus memilih-terus berlari... atau akhirnya berani mempercayai lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#40
greenforest
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • MILIK MEGAT ZILL QAYYUM (TERBIT)
  • Forbidden Crowns : Leonel & Seraphina
  • HIS FAVOURITE MELODY [C]
  • HIATUS | Cinta Di Antara Luka
  • Just So Happens
  • SILENT MISSION: HER VEIL [C]
  • [C]✓Mrs. Maiq Hakimi
  • ISTERI SANG MAFIA
  • Dan Aku Jatuh Dalam Matamu [ COMPLETE ]

Kerana Dia Pemilik Cinta Sejatiku... Megat Zill Qayyum x Diandra Maleeqa Dian adalah seorang gadis yang hidup serba susah. Sejak kecil dia tidak pernah kenal siapa ibu nya. Ayahnya pula seorang kaki judi. Dan Dian lah yang terpaksa bekerja keras demi mencari duit untuk menampung yuran pengajian nya dan melunaskan hutang-hutang ayah nya. Megat Zill Qayyum sangat membenci Dian kerana dia beranggapan adik nya sudah pandai melawan sejak berkawan dengan Dian. Dian di herdik dan di caci sesukahati. Takdir tiada siapa menduga, Zill telah lumpuh akibat kemalangan jalanraya. Di saat Dian terdesak perlukan duit, dia rela menerima tawaran untuk menjaga Zill sehingga sembuh. Rasa benci yang menebal dalam hati Zill, perlahan-lahan mula menipis dan bertukar menjadi rasa sayang dan cinta terhadap si isteri. Namun, disaat hati mulai bahagia, terbongkar nya satu rahsia menyebabkan Zill hilang kepercayaan dan membenci Dian. Apa rahsia yang di sembunyikan oleh Dian sehingga Zill tega menghalau nya keluar dari rumah ketika hujan lebat tanpa belas kasihan?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan