Di dunia yang luas namun takdir mempertemukan, Eshan Hakimi dan Aliya Sofiah bertemu dalam keadaan yang tak terduga. Eshan, seorang lulusan Seni Bina dari UK yang kini menjadi pelukis jalanan, mendambakan cinta sejati yang mampu mengisi kekosongan di hatinya. Sofiah pula, seorang pengurus yang berdedikasi, masih dihantui masa lalunya yang pahit, menutup rapat pintu hati selama bertahun-tahun.
Pertemuan pertama mereka membangkitkan rasa yang sudah lama terkubur. Perlahan-lahan, Sofiah merasakan ketulusan di mata Eshan, seorang lelaki yang selalu ada walaupun tanpa diminta. Namun, saat segalanya tampak indah, bayangan orang ketiga muncul, menguji kesetiaan dan ketulusan cinta mereka.
"Awak... awak janji kan, takkan tinggalkan saya?" tanya Eshan perlahan, takut akan bayangan kehilangan yang masih menghantui.
Sofiah mengangguk, senyuman tulus terukir di bibirnya. "Saya di sini. Untuk awak... sampai bila-bila."
Tetapi, hidup tak semudah janji-janji. Di saat cinta mereka diuji, Sofiah terpaksa membuat keputusan yang menyakitkan.
"Maaf, Eshan... jodoh kita sampai di sini," katanya, menahan air mata yang hampir jatuh.
Dalam sekelip mata, segala janji dan impian mereka hancur. Apakah Eshan akan menerima kenyataan pahit ini atau akan tenggelam dalam dendam? Ini bukan sekadar kisah cinta. Ini adalah perjalanan yang penuh liku antara pengorbanan, pengkhianatan, dan pencarian diri. Apakah takdir akan menyatukan mereka kembali, atau hanya menjadikan mereka kenangan pahit yang tersimpan dalam hati?
Start: 29 October 2024
End: -
Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki - barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki.
Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis manis itu dan menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]
Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam, diungkap dalam doa, dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.