SEDETIK LEBIH
  • LECTURAS 255
  • Votos 71
  • Partes 23
  • LECTURAS 255
  • Votos 71
  • Partes 23
Continúa, Has publicado oct 30, 2024
Pada abad ke-18, sekitar tahun 1700, cinta terlarang antara Dzulaikha, seorang gadis berdarah bangsawan, dan Enzio, seorang pemuda biasa dari keluarga petani, melintasi batas-batas darjat dan kehormatan. Namun, takdir mereka terpisah oleh tradisi dan tekanan masyarakat. Dzulaikha dipaksa menikah dengan lelaki pilihan keluarganya, sementara Enzio membawa luka hatinya ke medan perang demi melupakan cinta yang tidak kesampaian.

    "Mungkin bukan takdir kita... Mungkin dalam kehidupan lain adinda menjadi milik kekanda" - Sofiia Dzulaikhaa

Tiga abad kemudian, di zaman moden, jiwa Dzulaikha dan Enzio kembali bertemu dalam jasad dua insan, Sofia dan Haqiem. Walaupun mereka tidak menyedari pertautan kisah silam mereka, tarikan jiwa di antara keduanya tidak dapat disangkal. Namun, seperti di masa lalu, mereka diuji dengan pelbagai cabaran-dari keluarga yang tidak merestui, perbezaan cita-cita, hingga rahsia kelam yang mengikat mereka pada masa lalu.

Apakah cinta mereka kali ini mampu melawan takdir, ataukah sejarah berulang lagi dengan hati yang kembali terpisah?
Todos los derechos reservados
Regístrate para añadir SEDETIK LEBIH a tu biblioteca y recibir actualizaciones
O
#264historicalfiction
Pautas de Contenido
Quizás también te guste
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [SU] de __syhadh
45 Partes Continúa
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 April 2025 End: idk :)
LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C] de __syhadh
59 Partes Concluida
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi kutub khanah dunia itu. Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan. Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan. Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa. Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta. "Sekarang pilih, hidup atau mati?" "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 23 JUN 2024 END: 25 JANUARI 2025
Quizás también te guste
Slide 1 of 10
Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)   cover
37. The Lost Crown cover
Bayang Cinta Nakhoda [OG] cover
The Royal Asmaraloka ⓒ cover
Secret  cover
La Espada (Lord Empero Revamp) cover
Queen D'amore [Completed] cover
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [SU] cover
AKU & ABAH PART 1 cover
LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C] cover

Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam ( COMPLETE)

63 Partes Concluida

Credit cover from: @MochaaQilaa_ (History only, romance around 0.00001% only) "Pemimpin yang bagus ialah pemimpin yang menjaga rakyat dan menegakkan agama Islam." - Tengku Malik Arsalan. "Semua orang boleh memimpin, tapi tak semuanya layak dan tahu erti memimpin yang sebenar." - Tengku Aisera Qafiyya. Tengku Aisera Qafiyya × Tengku Malik Arsalan. Bersatunya mereka berdua, bukan sahaja sekadar menyatukan dua buah kerabat diraja malah ianya juga ibarat penyatuan dua buah negara Islam yang berpengaruh di dunia. Bermula dari hilangnya seorang Tengku Aisera Qafiyya sehinggalah sesuatu berlaku dan membuatkan Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya berubah dari semua aspek. Dan beberapa kejadian besar yang berlaku di Emerald dan Alwaritzi turut menguji kecekapan mereka berdua. Fitnah dunia. Propaganda barat. Umat Islam yang ditindas. Negara Islam yang dijajah dan diambil alih oleh barat. Palestin. Mampukah seorang Tengku Malik Arsalan dan Tengku Aisera Qafiyya bertindak? "Kalau negara Arab tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita." - Tengku Aisera Qafiyya. "It's not about Religion but it's about humanity." -Tengku Malik Arsalan & Tengku Aisera Qafiyya.