We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
IMPIAN
  • WpView
    Reads 18,336
  • WpVote
    Votes 249
  • WpPart
    Parts 40
WpMetadataReadMatureComplete Sat, Dec 14, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
Pada mulanya, pertemuan mereka seperti satu kebetulan yang indah. Sebagai pegawai yang berpangkat tinggi, Aatif Johan tidak menyangka bahawa pertemuannya dengan Danial Imran, seorang suami dan bapa dari kampung, akan membuka lembaran baru dalam hidupnya. Namun, segala-galanya berubah apabila mereka ditempatkan di bilik yang sama semasa Program Team Building anjuran jabatan mereka. Inilah titik permulaan yang membawa mereka ke dalam perhubungan yang penuh dengan harapan, namun dibayangi konflik yang datang tanpa diduga. Keadaan yang pada mulanya penuh kebahagiaan - di mana mereka saling mengenali dan mula menumbuhkan perasaan cinta - perlahan-lahan mula berubah. Aatif Johan, yang sebelumnya tegas dan rasional, mendapati dirinya terjerat dalam percintaan yang penuh dengan kesulitan. Sedangkan Danial Imran, yang begitu mencintai keluarganya, terperangkap dalam dilema antara isteri, anak-anak, dan perasaan terhadap Aatif. Kekangan ini mula meruncing, dan sering kali status Danial sebagai seorang suami dan bapa menjadi pemangkin kepada pertelingkahan antara mereka. Aatif menyalahkan takdir, berasa bahawa pertemuan mereka adalah satu kesilapan besar. Dia merasa terluka dan kecewa, kerana tidak dapat memiliki hubungan yang murni dengan Danial, disebabkan oleh tanggungjawab keluarga yang terlalu besar bagi Danial untuk tinggalkan. Dialog mereka meluahkan penderitaan dan konflik dalaman yang mendalam: Aatif Johan: "Takdir mempertemukan saya dengan orang yang salah. Mengapakah harus kamu yang dipertemukan oleh takdir untuk saya?" Manakala Danial Imran, terhimpit antara cinta kepada Aatif dan tanggungjawab terhadap keluarganya, Danial Imran: "Takdir mempertemukan kita berdua pada waktu yang salah. Saya tidak mampu untuk memilih antara dua. Awak mahupun dia."
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sulit | boys love
  • CINTA DI SEBALIK WAJAH
  • Perempuan Bidadari Syurga
  • TUAN DANIAL
  • Make Her My Naseeb | C |
  • Pujaan Hatiku MR. HARRAZ
  • Takdir Itu Milik Aku
  • LOVE YOU SO MUCH | (END)
  • 𝐓𝐞𝐫𝐜𝐢𝐩𝐭𝐚 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤𝐤𝐮 [OG]

"Kenapa? Kenapa semua ini terjadi pada aku? Kenapa?" - Raykal Haritz "Ray, aku ada dengan kau. I'll help you okay? Jangan takut, aku ada. Mana yang kau tak tahu, kau bagitahu aku" - Cinta Seroja "Tak apa kalau dia taknak tanggungjawab anak ni. Aku dengan Seroja ada untuk kau" - Felisha Daniella "Semua ini sulit untuk aku dan dia" - Firas Fardhan Siapa duga empat sekawan yang akrab ini akhirnya berpecah belah disebabkan satu tragedi yang aneh berlaku dalam kalangan mereka. Cinta Seroja cuba untuk menerima apa yang telah berlaku dan cuba memujuk kawan-kawannya untuk menerima takdir namun Firas Fardhan berkeras untuk memutuskan hubungan persahabatan mereka. Raykal Haritz merupakan orang yang paling terkesan dengan pemergian Firas Fardhan. Felisha Daniella mula mempersoalkan kenapa semua perkara ini berlaku pada saat-saat tarikh majlis perkahwinnya sudah dekat. "Kau kata kau jantan kan sial? Kenapa kau taknak bertanggungjawab? Itu anak kau!!" - Cinta Seroja "Sebab aku memang taknak keturunan aku jadi pelik macam dia" - Firas Fardhan Tiada siapa yang tahu mengapa Firas Fardhan menjadi begitu kejam. Hanya Firas sahaja yang tahu apa yang dirinya lakukan dan semua ini gara-gara dendam yang sudah lama terbuku di hatinya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines