1 Bölüm Devam ediyor Menjadi pelajar baru amatlah sukar baginya. Dia suruh berdepan dengan masalah kehidupan dan percintaan.
"Dia datang dari langit... dan melanggar jantung aku."
Aura Aleesa. Gadis yang cuba lari dari masa lalu. Hidupnya disusun semula di sekolah berasrama atas bukit. Supaya dia boleh jauh dari kenangan lama, jauh dari cinta yang pernah buat dia hancur.
Tapi pada hari pertama, tanpa amaran... dia dilanggar oleh seorang pelajar lelaki yang turun dari langit dengan papan skyline di kaki dan senyuman nakal di bibir.
Zayn Luqman. Popular, pelik, dan penuh dengan kejutan. Dia bukan jenis lelaki yang mudah putus asa. Apatah lagi bila hatinya dah jatuh pada gadis yang bermata galau dan pandai menyembunyikan luka.
Namun, bukan semua kisah cinta berjalan mudah.
Ketika rahsia masa lalu Aura mula terbuka dan Zayn sendiri tersepit antara pilihan dan harapan, hubungan mereka mula goyah.
Antara ego dan rindu. Antara takut jatuh dan mahu dipeluk.
Dalam dingin kabus sekolah tinggi itu, dua hati yang bertembung mula mencari arah. Mampukah mereka 'meluncur' bersama ke dalam sebuah cinta yang tidak dirancang?
Ski Ke Dalam Cinta.... Bila cinta jatuh dari langit, mampukah hati yang luka menerima sinar baru?