Megat Andika

Megat Andika

  • WpView
    Reads 346
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 10
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 5, 2024
WpInfo
Fiction
Fantasy
Kota Mirbok yang aman tenteram diserang oleh Komang dan bala tenteranya. Peristiwa berdarah ini berlaku betul-betul ketika pemerintah Kota Mirbok, Raja Panji Sakti mengadakan acara keramaian bersempena kelahiran puteranya. Komang dan bala tenteranya telah menghancurkan kota dan membunuh Raja Panji Sakti dengan penuh kekejaman. Namun sebelum menutup mata, Panji Sakti telah mengarahkan orang-orang kepercayaannya membawa permaisuri dan puteranya yang diberi nama Megat Andika ke tempat yang selamat. Malangnya, permaisuri telah mangkat di pertengahan jalan dan Putera Megat Andika telah dibawa diselamatkan oleh pendekar mereka. Apakah akan terjadi seterusnya kepada Megat Andika?
All Rights Reserved
#54
horror-thriller
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Darlingku Minah Angau
  • 34. The Hunter
  • AISARA (COMPLETED) ✔
  • WHO IS THE KILLER?
  • DISEASE
  • Rafik 2 Sulur Bidar
  • SAPTA ADHYASTA
  • HALF BLOOD ✓  (dalam process revamp)

Kehadiran Anggun Danisha di rumah atuknya telah menyebabkan hidup Profesor Dr Harith Mishka menjadi porak peranda. Dia bencikan gadis itu yang merupakan anak musuhnya. Dia merasakan ada yang tidak kena dengan Anggun Danisha. Serupa minah angau yang terlalu mengejar cinta. Sehingga sanggup menyambung master di Universiti tempatnya bekerja demi untuk mengejar cinta seorang lelaki. Natijahnya dia terpaksa melantik gadis itu sebagai pembantu penyelidiknya dan terpaksa menjadi driver gadis itu saban hari! Siapa sangka hubungan yang pada mulanya dingin semakin rapat dari hari ke hari. Tanpa sedar bunga-bunga cinta semakin membenih dalam diri masing-masing. Namun ketika bunga-bunga kemesraan sedang berputik, Harith Mishka harus terima hakikat yang dia telah melakukan satu kesilapan besar kerana telah jatuh cinta dengan anak musuhnya sendiri. Tapi kalau sudah cinta, peduli apa dengan setiap cabaran yang mendatang. Tercabar dengan penentangan Badri, papa Anggun Danisha, Harith Mishka nekad membawa Anggun Danisha kahwin lari di luar negara. Apatah lagi apabila Anggun Danisha sanggup membuang papanya demi untuknya membuatkan Harith Mishka berasa begitu bangga sekali. Akhirnya Badri kalah di tangannya jua. Namun baru sahaja mereka menyulam bahagia rumah tangga mereka mula diuji. Cinta mereka tergugar apabila Badri disahkan menghidap penyakit kronik. Keadaan semakin rumit apabila Harith Mishka meletakkan taklik cerai kepada Anggun Danisha. Dia terpaksa memilih antara suami dan papanya. Tergamaknya Harith Mishka memperlakukan dirinya sebegini. Anggun Danisha semakin keliru. Apatah lagi dengan sikap Harith Mishka yang sudah mula menunjukkan sikap bengisnya membuatkan cintanya semakin pudar. Wajarkah dia mempertahankan rumah tangganya lagi sedangkan papanya sedang nazak di hospital? Perlukah dia mempertahankan cintanya yang kian pudar?

More details
WpActionLinkContent Guidelines