TAKDIR (og)
  • Reads 666
  • Votes 59
  • Parts 10
  • Reads 666
  • Votes 59
  • Parts 10
Ongoing, First published Nov 05, 2024
Mature
2 new parts
#1st Lakaran Cinta Kita series

|Noah Louis Aidier|


NOAH LOUIS AIDIER dan LAURA DELISHA pernah menjadi pasangan kekasih yang saling mencintai. Hubungan istimewa mereka berjalan tanpa sebarang masalah sehinggalah kehadiran orang ketiga yang menghancurkan segalanya. Sedikit demi sedikit, retak mula terbentuk. Dan akhirnya musnah. 

Noah memilih untuk melarikan diri ke Jerman  selama 5 tahun dan meninggalkan Laura yang terluka sendirian. Lima tahun berlalu, namun bayangan cinta mereka tetap menghantui Noah, mengingatkannya pada sesuatu yang tak pernah benar-benar hilang. 

 Kini, Noah kembali ke Malaysia dengan satu tujuan. Untuk meraih kembali cinta Laura. 

"Tolonglah terima yang kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama." - Laura. 

Apakah cinta mereka masih ada ruang untuk tumbuh kembali? 

"Kau rasa aku permainankan hati kau ke sekarang ni? Tell me, Laura." - Noah

Atau adakah takdir sudah menetapkan jalan untuk mereka berdua? 

"Saya benci penipu! Sanggup abang buat Laura macam ni..." - Laura 

Dalam dunia yang penuh dengan ketentuan takdir, mampukah mereka menulis semula kisah yang pernah terhenti?



Start - 14/11/2024
All Rights Reserved
Sign up to add TAKDIR (og) to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  by missdiraa
76 parts Complete
𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-akan dipijak oleh orang paling dia sayangi. Itulah kehidupan yang dijalani oleh Nur Syifa Ikhawana. Angkara memilih seorang lelaki yang salah, dia menjerat diri dalam lautan berapi. Dayus! "Entahlah, Syifa tak rasa nak kenal siapa-siapa." - NUR SYIFA IKHAWANA Trauma telahpun membawa Syifa menutup rapat hati itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menambat hatinya. Tidak ada sesiapa yang mampu menawan hati itu lagi. Dia sudah serik. Serik dengan namanya cinta. "Dalam dunia ni ada undang-undang, dan kita sebagai rakyat kena patuh dengan undang-undang. Bukan setakat undang-undang dalam negara tapi juga kena tahu hukum dalam agama. Sebab orang beragama takkan sesuka hati melanggar hukum, mereka ada pegangan." - LUTH QAYYID Kehadiran seorang lelaki membawa kembali perasaan yang sudah lama menghilang. Disaat Syifa cuba menutup rapat pintu hatinya, lelaki itu datang untuk menghampiri. "Siapa yang malu? Awak ke saya?" - LUTH QAYYID "Saya." - NUR SYIFA IKHAWANA Luth Qayyid, seorang peguam tampan dan segak. Meskipun usia semakin meningkat, bukan jadi penghalangnya untuk mencari jodoh. Kata orang, biar lambat, asal betul! Namun bukan semudah itu bagi Syifa untuk menerima. Masa lalu masih membekas dalam ingatan membuatkannya takut untuk memulakan hubungan. Tidak mahu dijadikan seperti patung pemuas nafsu untuk seterusnya. "Setiap kaum Adam di dunia ini diciptakan Hawa nya. Dan saya yakin, Dia ciptakan awak sebagai ratu hidup seorang Luth Qayyid." ⚠️ No Plagiarism Allowed
UNKNOWN [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
71 parts Complete
Pernah tak kau diganggu dengan seseorang tak dikenali? Keluar berseorangan, tapi hakikatnya ada mata-mata yang sentiasa mengekori kau daripada belakang? Ke mana-mana tempat yang kau pergi, semuanya rasa diperhatikan. Bahkan, dalam rumah juga sama. Rasa seperti si dia terlalu dekat! Itulah kehidupan yang Sufi harus tempuh selepas menjadi wartawan yang mengemukakan kes pembunuhan Mr Unknown. Setiap pembunuhan bersiri yang berlaku terlalu kejam dan mengerikan. Malah setiap mangsanya akan diselitkan satu kertas di dalam mulutnya. Iaitu nota istimewa buat wartawan SUFI LEILA. pendek kata, pembunuh bersiri itu mula tertarik dengannya. "Sumpah, saya tak kenal siapa Unknown tu! Saya tak subahat dengan dia!"- SUFI "Tapi setiap mangsa yang dia bunuh, dia buat sebab kau, Sufi. Dia jatuh cinta dengan kau."'- HAQ. Mujurlah ditempat kerja sahaja Sufi rasa selamat kerana di kelilingi orang-orang baik. Tambah pula, di ofis boleh curi-curi tengok muka bos yang kacak. Hilang terus semua tekanannya. Bukan Sufi seorang sahaja yang suka, tapi pekerja wanita lain juga turut jatuh hati saat bos baru itu mengambil alih syarikat wartawan mereka. Cuma satu sahaja yang leceh sikit. Si bos itu, terlalu pendiam. Macamlah dalam mulut dia itu ada ketulan emas. "Bos, panggil saya ke sini semata-mata nak kopi?"-SUFI GIBRAN MALEQ cuma angguk kepala. Memang introvert. "Aku sebenarnya cemburu dengan bos. Sebab selama aku kerja dengan kau. Sekali pun kau tak pernah buat kopi dekat aku. Bahenol punya kawan!" - Tuah Namun, semakin lama, ketiga-tiga lelaki itu mula menimbulkan perasaan curiga di hati Sufi. Rasa tak senang duduk. Bahkan, hendak tidur pun diselubungi rasa takut. Mana tidaknya jika dia tiba-tiba sahaja dapat mesej daripada Unknown yang berkata... "Saya sentiasa ada dengan awak, Sufi. Awak sahaja yang tak perasan." -UNKNOWN Jadi siapakah yang bersembunyi di sebalik topeng? "Kau tahukan apa akan jadi kalau kau buat aku marah? Apatah lagi marah campur cemburu..."
You may also like
Slide 1 of 10
WHO IS THE KILLER? cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
The Mansion (Wanna-One)  cover
TAMATNYA TAKDIR cover
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧  cover
BABY GIRL MR ICEBERG (TERBIT) cover
[✓]CRUSH AKU Abe PENGAWAS ((JJK)) cover
Secret | Yoon Sanha ✓ cover
UNKNOWN [COMPLETE] cover
Ameliazone [Complete] cover

WHO IS THE KILLER?

40 parts Complete

Kisah tentang seorang gadis yang bernama Erynna tinggal bersama 3 orang lelaki yang merupakan penyelamatnya @ abang angkatnya dalam sebuah rumah banglo. Andrian ,Andreas dan Andy membuat keputusan untuk menjaga dan melindungi Erynna. Memori Erynna teringat bahawa keluarga kandungnya mati dalam satu kebakaran. Namun sejak kebelakangan ini, Erynna sering bermimpi tentang satu kejadian ngeri seolah-olah ia pernah berlaku dalam kehidupan lalunya. Apa yang telah berlaku dalam mimpi Erynna? Andrian , Andreas dan Andy sedang melindungi Erynna daripada siapa?