𝙰𝚞𝚗𝚒 𝙰𝚏𝚎𝚎𝚢𝚊𓍢ִ໋🌷͙֒
Dalam dunia yang penuh bayangan gelap, Auni Afeeya memulakan langkah pertama sebagai seorang Muslim dengan harapan sinar baharu. Bersama sahabat sejatinya, Maya Insyirah, mereka percaya bahawa keimanan mampu memberi mereka kekuatan. Namun, hidup bukan seindah yang dijangka.
Penghinaan, ancaman, dan masa lalu yang tak pernah padam terus menghantui mereka. Setiap langkah diiringi ketakutan, setiap nafas disertai keraguan. Ketika bayang-bayang bahaya bertukar menjadi realiti, satu pengorbanan besar merentap segala-galanya. Darah, air mata, dan kehilangan menjadi saksi ujian paling perit.
Kini, tanpa Maya di sisi, Auni berdiri di jurang antara menyerah atau berjuang. Luka di hatinya tak pernah sembuh, tapi perjuangan belum selesai. Dalam kegelapan yang semakin pekat, Auni perlu mencari cahaya dalam dirinya untuk bertahan- atau tenggelam sepenuhnya.
-semoga korg suke𐙚