Arman, Aisyah, dan Umar membesar bersama di Rumah Anak Yatim Nur Hidayah selepas kehilangan ibu bapa mereka dalam satu tragedi. Walaupun kehidupan mereka penuh dengan kesusahan dan cabaran, mereka saling menyokong dan menjadi keluarga bagi satu sama lain.
Arman adalah seorang pemuda yang pendiam dan serius, sering menjadi pelindung kepada sahabat-sahabatnya. Meskipun terkadang terperangkap dalam kesedihan, dia tidak pernah menyerah dan selalu berusaha keras untuk memastikan kesejahteraan mereka.
Aisyah, gadis yang penuh kasih sayang, sering menjadi pendorong kepada Arman dan Umar, mengingatkan mereka untuk sentiasa melihat sisi positif dalam kehidupan, walaupun dalam keadaan sukar. Dia adalah sumber kekuatan emosi, sering memberi semangat ketika semuanya terasa gelap.
Umar pula adalah penceria kumpulan-selalu membuatkan mereka ketawa dengan lawak jenakanya. Di sebalik sifat cerianya, Umar adalah pendengar yang baik dan sentiasa ada untuk memberi sokongan apabila diperlukan.
Tetapi takdir yang tidak kekal lama...
Sign up to add ππππππππππ πππππ: πππππππππ ππππππ[C] to your library and receive updates
Hikayat Dua Permata: Suria dan Kejora
Dua kerajaan menjadi kacau bilau akibat buatan orang-orang yang tamak kuasa dan harta. Ayana daripada masa depan terkejut apabila dirinya secara tidak sengaja berada di zaman lalu. Sementara atau selamanya? Dia perlu menyelamatkan keadaan.