Langkah Cinta (In the Process of Editing)

Langkah Cinta (In the Process of Editing)

  • WpView
    Reads 64
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Wed, Mar 18, 2026
Versi pertama pertemuan mereka, tiada apa pun yang menarik tentang Haidar Ridzwan. Dengan jubah putih labuhnya. Dengan sifat acuh tak acuhnya. Lelaki itu hanyalah orang tak dikenali berlidah tajam yang menyelamatkannya ketika dia mabuk. Ya, mabuk. "Lelaki muslim memang sombong ke?" -VICTORIA VYOIRE "Perempuan non-muslim memang over friendly ke? Kami sombong bersebab. Seorang muslim perlu tundukkan pandangan. Jaga batasan. Jaga iman." -HAIDAR RIDZWAN Versi kedua pertemuan mereka, tak sangka dia ada bakat terpendam. Seorang yang terobsesi untuk menangkap setiap momen indah. Sedetik pun tidak akan terlepas daripada lensa kameranya. Setiap pemandangan, ekspresi, dan warna kehidupan baginya adalah seni yang perlu diabadikan. "Setiap detik dalam hidup ini amat berharga. Siapa tahu, mungkin kita tak akan dapat lihat detik terindah itu lagi. Jadi, biarlah saya abadikan setiap detik indah itu." -HAIDAR RIDZWAN Siapa sangka, lelaki yang pada pandangannya biasa-biasa sahaja dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan dapat menjentik setangkai hati miliknya. Mewujudkan situasi yang tak pernah terdetik dalam benaknya. Pertemuan demi pertemuan, Victoria mula melihat sesuatu yang berbeza dalam diri Haidar. Di sebalik sifat dinginnya, ada nilai-nilai yang dia tak pernah fahami sebelumnya. Setiap perbuatannya penuh maksud. Setiap batasan ada sebabnya. Sedikit demi sedikit, dia tertarik untuk mengenal Haidar dengan lebih mendalam. Sifat Haidar yang begitu membatasi diri menimbulkan rasa ingin tahu. Namun, di sebalik rasa ingin tahunya, Victoria mula berdepan dilema. Dia terpaksa memilih antara meneruskan hidup seperti biasa atau membuka hatinya kepada dunia baru yang dibawa oleh jejaka ini. Dalam setiap detik yang mereka lalui, rasa ingin tahunya semakin membesar, dan begitu juga keinginannya untuk mengenali dunia Haidar. Ketika hati semakin dekat, halangan di antara mereka kian jelas. Mampukah mereka bersatu, atau perbezaan itu akan memisahkan mereka untuk selamanya?
All Rights Reserved
#8
strangertolover
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Derita Seorang Maira  | C
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised

Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...

More details
WpActionLinkContent Guidelines