Amira, seorang gadis sederhana yang fokus pada pelajaran, tidak pernah menjangka bahawa dia akan terjerat dalam dunia cinta yang penuh dengan perasaan yang tidak pasti. Selama ini, dia selesa dengan hidupnya yang tenang, jauh dari masalah cinta yang sering mengganggu teman-temannya. Namun, apabila dia bertemu dengan Daniel, seorang pelajar popular yang memiliki pesona dan misteri, dunia Amira mula berubah.
Kisah mereka bermula dengan sebuah projek sekolah yang memaksa mereka bekerjasama. Meskipun awalnya hubungan mereka agak biasa, perasaan yang tidak dijangka mula muncul antara mereka. Tetapi, cinta itu datang dengan halangan. Farah, teman rapat Daniel yang telah lama menyimpan perasaan terhadapnya, cemburu melihat keakraban mereka. Perasaan Farah semakin kuat dan dia berusaha untuk memisahkan Amira dan Daniel dengan pelbagai cara.
Ketegangan semakin meningkat apabila Daniel terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang mengubah segalanya. Amira yang penuh dengan kesedihan dan kesalahfahaman harus menghadapi situasi yang semakin rumit. Dalam keadaan yang penuh dengan kesedihan dan kehilangan, Amira cuba memahami perasaan Daniel, yang akhirnya bangun dari koma dan mendedahkan kebenaran yang mengubah segala-galanya.
Namun, perjalanan mereka tidak berakhir di situ. Ketika Daniel kembali untuk menghadapi peperiksaan SPM, Amira dan Daniel berhadapan dengan ujian cinta dan kepercayaan yang semakin mendalam. Di sebalik cabaran, mereka harus mengharungi perasaan yang berlipat ganda, termasuk kesilapan, cemburu, dan pengorbanan.
Cinta yang Tak Pasti adalah sebuah kisah cinta yang penuh dengan kejutan, air mata, dan harapan. Ia mengajarkan tentang keberanian untuk mencintai tanpa syarat, dan menerima bahawa cinta kadang-kadang datang dalam bentuk yang tidak terduga. Dalam perjalanan mereka yang penuh liku, Amira dan Daniel akan menemui erti cinta yang sebenar, meskipun dalam ketidaktentuan dan kesulitan yang menghadang.
#1
UZAIR tenung, Aira mengerling. Uzair berdeham, Aira batuk kecil. Awkward gila kot!
Berputar sampai 360 darjah kehidupan Aira sebaik sahaja menjadi suri yang tak berapa nak berseri dalam hidup Uzair.
Salah Aira? Tidak sama sekali. Uzair juga terima pernikahan aturan keluarga ini tanpa ada perkataan terpaksa di situ.
Aira juga begitu. Lagipun bukan Aira tak tahu yang Uzair kahwin dengannya sebab sakit hati ditinggalkan Uya. Uyayaya sungguh Uya tu! Tak beragak nak tinggalkan Uzair yang super duper hot tu.
"Kenapa tak makan nasi lemak tu?" tanya Aira. Uzair terus pacak pandangannya pada sambal nasi lemak yang merah menyala tu. Uish mahu berpesta semua cili tu dalam perut aku.
"Saya tak makan pedas, " jawab Uzair ringkas.
Aira mengangguk.
"Hmmm patutlah..." Aira terangguk-angguk.
"Apa yang patut?" Pantas Uzair mencelah.
"Cili pun awak takut jadi tak mustahillah saya ni pun awak takut. Takut sampai tidur kat bilik sebelah. Tak gagah seorang lelaki tu kalau tak menyentuh haknya sendiri dunia dan akhirat, " Sengaja Aira pacu rasa amarah Uzair.
Marah ke? Uzair cuma sengetkan bibir.
"Nampak gelojoh seorang wanita itu pabila bibir mula menyoal tentang hubungan dalam kamar pada seorang lelaki, " bidas Uzair pula.
Aira ketawa panjang lalu menggeleng lucu.
"Lelaki? Lelaki keeeeeee?" Aira bangkit lalu membawa cawannya ke sinki.
Uzair mengetuk meja makan dengan dua jarinya bersilih ganti.
"Nenek memang niat nak mendera agaknya sebab bagi bekas pendebat ni masuk dalam hidup aku. Lemah lembut apanya? Mulut bisa macam duri ikan sembilang!" omel Uzair lalu bangkit untuk ke pejabat.
Dia fikir Aira tu pekak? Aira menoleh ke belakang. Dia menggeleng
"Nak makan ikan sembilang ke?" soal Aira. Tiada sahutan.
Uzair sudahpun berlalu. Aira gigit bawah bibir.
" Selamat berkenalan dengan Aira Binti Azad wahai Ahmad Uzair. Selamat bertabah juga aku ucapkan..."
Dia tersenyum.
Penuh makna.