❝Love is a friendship, without friendship there is no love...❞
Zora dan Haziq. Dua nama yang tidak terpisahkan sejak bangku sekolah. Sahabat baik yang melengkapi satu sama lain meskipun sering bertengkar manja-Zora dengan sikap tomboy dan tegas, Haziq dengan pesonanya yang memikat tetapi seringkali dengan sikap "buaya darat." Mereka hidup dalam keseimbangan yang aneh namun sempurna, hingga kehadiran seorang gadis bernama Tiana mengubah segalanya.
Tiana, anak seorang profesor, datang dengan keanggunan yang memukau, membawa nuansa baru dalam hidup Zora dan Haziq. Di tengah persahabatan mereka, perasaan aneh mulai tumbuh-tersembunyi, rumit, dan tidak terungkap. Ketika cinta terselit di antara mereka bertiga, persahabatan yang kukuh mulai diuji.
Namun, cerita ini bukan sekadar tentang cinta segitiga. Ia adalah perjalanan penuh liku tentang persahabatan yang tulus, keputusan yang berat, dan takdir yang tak terduga. Dari gelanggang bola keranjang hingga suasana sibuk kota Kuala Lumpur, mereka menemukan diri mereka terjebak di antara harapan, mimpi, dan rasa yang membingungkan.
**"Cinta Terselit di Antara Kita"** adalah kisah tentang memilih antara sahabat dan cinta, antara hati dan janji. Ketika persahabatan dipertaruhkan, adakah cinta yang terpendam mampu menyelamatkan segalanya, atau justru menghancurkan hubungan yang paling berharga?
Hati, emosi, dan takdir akan bertarung dalam cerita ini. Siapakah yang akan bertahan di akhir kisah? Persahabatan, cinta, atau luka yang tidak pernah sembuh?
Bersiaplah untuk menghayati sebuah kisah yang akan membuat anda tersenyum, menangis, dan merenung tentang makna hubungan yang sejati.
start- 20/11/24
end-
Kehidupan Izrin Amalin telah berubah setelah dipecat atas sebab memalukan syarikat produksi yang menjadi tempat dia mencari sumber rezeki. Hal itu, membuatkan dia tawar hati mencari kerja bidang yang diminatinya itu di syarikat lain.
Bermula detik kehidupan seorang Assistant Director menjadi seorang pelayan di sebuah kafe iaitu Cafe Daily L'espresso. Pada masa yang sama, kemunculan seorang jejaka misteri turut memberi tanda tanya difikirannya.
Jejaka berhoodie kelabu bersama topi hitamnya. Setiap hari menjejak kaki ke sebuah kafe telah menyebabkan dia rasa hairan dan pelik setelah hampir seminggu dia berkerja di kafe itu.
"You nampak tak mamat hoodie kelabu kat meja hujung sana tu? Pelik lah... tiap-tiap hari datang pakai baju yang sama order pun menu yang sama. Lepastu dia bawa alat-alat melukis. Kenapa tak angkut je sekali easel stand? Nak sangatkan melukis?" - Izrin Amalin
"I rasa you halusinasi kut..." - Chris Luciano
Dan itu menjadi tanda tanya untuk Izrin Amalin setiap hari semenjak dia berkerja disitu. Jejaka itu tidak pernah sesekali mengeluarkan suaranya. Apatah lagi, suara mengucap 'terima kasih' dari mulut lelaki itu tidak pernah kedengaran.
Bermula lah misi Izrin Amalin dalam rancangan 20 misinya untuk buat jejaka itu bercakap.
"Mungkin kisah silam dia dengan kafe tu. Berusaha lah awak bagi dia bercakap." - THAQIF ZULQARNAIN
"Boleh saya tahu apa nama dia?" - IZRIN AMALIN.
"I called him, Zihan. Z-I-H-A-N. Sorry, as a friend I kena jaga privasi dia. Sorry again..." - THAQIF ZULQARNAIN
Setiap kali misi dilakukannya, mesti gagal untuk membuat lelaki itu bersuara. Sebaliknya, jejaka itu lebih menumpukan ke arah lukisannya.
"Pelik. Kau pula yang beria marah. Haish, sepatutnya dia yang perlu marah kau. Ni dah terbalik..." - SYAFIA INSYIRAH
"Tak apa. Aku tak akan mengalah selagi 20 misi tu tak habis." - IZRIN AMALIN
Siapakah sebenarnya jejaka misteri bernama Zihan itu sebenarnya?