Story cover for Duri di antara kita [editing] by luving_belle
Duri di antara kita [editing]
  • WpView
    Reads 680,475
  • WpVote
    Votes 486
  • WpPart
    Parts 1
  • WpView
    Reads 680,475
  • WpVote
    Votes 486
  • WpPart
    Parts 1
Ongoing, First published Nov 09, 2024
Amyra Rose. Sebaris nama yang mencerminkan keanggunannya sebagai seorang gadis Muslim. Kehidupannya sederhana, namun hatinya sentiasa merasa cukup.

Leo Caden. Seorang lelaki tampan dengan kehidupan gelap. Sejak kecil, dia sudah terbiasa dengan dunia pembunuhan. Bagi Leo, bunuh bukan lagi perkara luar biasa dan menakutkan baginya.

Pertemuan antara Leo dan Rose berlaku secara tidak dijangka dan berkali-kali, hingga tanpa disedari, Leo mula tertarik dengan gadis itu.

Namun, perbezaan agama, keluarga, status, dan cara hidup masing-masing menjadi tembok yang sukar diatasi. Mereka dipaksa oleh keadaan untuk berpisah walaupun hati masing-masing sudah pun berpaut antara satu sama lain.

Namun, sejauh manakah kuasa takdir mampu menyatukan kembali Leo dan Rose? Mampukah Rose menghadapi ujian yang selama ini luar dari akal fikirannya?

Start : 27 November 2024 
End : 23 February 2025

Cerita ni cringe, alah biasalah... typical cerita mafia. Ini cerita pertama yang saya berani untuk publish. Cerita ni juga melambangkan ketidakmatangan saya, mohon jangan kecam. Saya sebenarnya terjebak dengan mafia-mafia, ya saya tahu tu cringe... tapi nak buat macam mana? Benda dah tulis, sayang kalau simpan.

Apa saya boleh cakap, cringe dia OVERLOAD. Jadi, kalau tak suka, sila skip. Awak fikir saya ada masa nak sakit kepala layan hate comment masing-masing? Tidak. Kepala saya dah cukup sakit.
All Rights Reserved
Sign up to add Duri di antara kita [editing] to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
INSAN BERNAMA KEKASIH by riavelle_
10 parts Ongoing
INSAN BERNAMA KEKASIH 'Kadang-kadang cinta tak perlu lantang diluah. Cukup ia hadir dalam setiap sujud, dalam setiap doa yang tak pernah putus' MUHAMMAD SHAUQIE X NUR ARIANA QASRINA Muhammad Shauqie seorang pemilik kafe, hidupnya nampak sempurna di mata orang. Tapi jauh di sudut hati, dia hanyalah lelaki biasa yang telah lama mematikan rasa cinta dalam diri. Bukan kerana putus cinta, tetapi kerana luka lama yang tidak pernah sembuh. Ibunya yang sakit mental selepas pemergian ayahnya menjadikan hidup Shauqie terpenjara dalam tanggungjawab sehingga ada hati yang terluka disebabkannya. Nur Ariana Qasrina seorang guru yang pernah hampir melangkah ke gerbang perkahwinan, namun segalanya berakhir bila tunangnya, Furqan, pergi buat selamanya kerana barah yang tidak disangka. Dunia Ariana gelap. Hidupnya yang tersedia adanya terasa seperti neraka yang tak berpenghujung sehinggalah dia bebas. Setiap hari dilalui dengan memaksa diri untuk bertahan. Dua insan yang terluka. Dua hati yang tidak mencari cinta. Namun takdir menemukan mereka dalam pertemuan yang tidak terjangka di sebuah kafe bernama Qaseh & Qadwah. Tapi cinta mereka bukan kisah yang mudah. Rahsia lama terbongkar yang mengikat mereka sebenarnya lebih dalam daripada yang mereka sangka. Namun kerana cinta, dia bertahan. Kerana sayang dia juga bertahan kerana kekasih itulah yang dirasakan amat tulus buatnya. Mampukah cinta bertunas di atas tanah yang penuh luka? Atau mampukah dua jiwa yang rosak menemui kebahagiaan bersama? date: 19 APRIL 2025
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
56 parts Complete Mature
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
Matteo Bellucci:The Mafia's Obsession with Love [C] by qivhara
44 parts Complete
Matteo Bellucci, seorang mafia yang kejam dan berkuasa, telah menyimpan perasaan terhadap seorang wanita sejak pertama kali mereka bertemu. Wanita itu, Isabella Moretti, adalah seorang wanita sederhana yang hidupnya jauh dari dunia gelap mafia. Namun, Isabella tidak pernah tahu bahawa Matteo sentiasa mengawasinya dari bayang-bayang, memastikan dia selamat tanpa mendedahkan identitinya. Namun,dia terpaksa menunjukkan diri selepas mengetahui bahawa Isabella terlibat dalam konflik antara kumpulan mafia secara tidak sengaja. Dia muncul sebagai pelindungnya, namun obsesinya terhadap Isabella mula terserlah, mencipta jurang antara cinta sejati dan kawalan. "Kau akan jadi milik aku seorang,Isabella." - Matteo Bellucci Terperangkap antara masa lalunya yang gelap dan masa depan yang ingin dia ciptakan bersama Isabella, Matteo harus memilih antara melepaskan wanita yang paling dia sayangi demi kebebasannya atau mengurungnya dalam dunia berbahaya yang tidak pernah dikenalinya. Sementara itu, Isabella mula menyedari rahsia di sebalik perlindungan Matteo, membuatnya bertanya-tanya apakah ini cinta sejati atau hanya obsesi yang menghancurkan? "Kenapa kau sanggup buat semua ini untuk aku?" - Isabella Moretti "Sebab kau satu-satunya perkara yang membuatkan hidup aku terasa bermakna." - Matteo Bellucci Adakah cinta mampu bertahan dalam bayang-bayang dunia gelap? Atau adakah mereka berdua akan jatuh ke dalam kegelapan itu bersama-sama?
Mr. Ayyash | OG by niniiylys
28 parts Ongoing
Kehidupan seorang Ayara Ella hanyalah seperti kehidupan manusia-manusia yang lain. Gadis periang dan memiliki warna mata hazel mampu menarik perhatian orang ramai. Tiada apa-apa yang berlaku. Semuanya cuma normal dimata gadis kecil itu. Dia tidak mengetahui latar belakang keluarga kecilnya. Baginya itu adalah sesuatu yang berlaku di masa lalu dan dia tidak ambil peduli langsung. Sehinggalah dia dan keluarganya bertemu dengan keluarga Ayyash Ezra, gadis itu cuma berfikir dia akan menemuinya di sekolahnya sahaja, namun sangkaannya meleset. Mereka berjiran! Yang lagi pelik, keluarganya rapat sekali dengan keluarga Ayyash. Seperti ada kisah disebaliknya. Well, Ayara tetap Ayara. Dia tetap tidak ambil peduli. Ayyash Ezra dikenali sebagai lelaki populer di sekolah atas dasar ketampanannya. Lelaki hensem, siapa je yang tak minat bukan? Mempunyai sepasang anak mata berwarna hitam pekat dan mempunyai auranya yang tersendiri. Memiliki personaliti yang setiap gadis mahukan. Disebalik personalitinya itu, dia mempunyai kisah silam yang gelap. Tiada siapa yang tahu melainkan keluarganya. "Sejak kau masuk dalam kehidupan aku, semuanya berubah!" - AYARA ELLA "Kau takkan faham situasi sekarang. You are so nonchalant!" - AYYASH EZRA Selepas satu kejadian besar menimpa kedua keluarga itu, Ayara menghilangkan diri. Ayyash sudah buntu untuk mencarinya. Dia sedar dirinya sedang dilamun cinta saat pertama kali dia melihat Ayara. Dia mahu mencari Ayara semula. Siapa sangka? Gadis itu datang sendiri tanpa perlu dicari. Ayara mencari pekerjaan untuk menyara hidupnya. "Look like I found you little star." - AYYASH EZRA "Am I know you..?" - AYARA ELLA Ayara mula curiga sejak dia bertemu dengan Ayyash semula. Dia juga sudah menaruh hatinya pada lelaki itu. Setelah memasuki alam perkahwinan, satu persatu rahsia antara keluarga mereka terbongkar. Persoalannya mampukah Ayara menerima semuanya setelah apa yang terjadi? Start : 22 Januari 2025 End :
Me Llora by HARIYS_NYMIA
24 parts Ongoing
Biru dan putih. Itulah dunia seorang gadis penulis dan violinist amatur - Amaya Isyrah. Dia mendiamkan luka, menyembunyikan tangis, dan terus melangkah... walau hatinya remuk, tanpa sesiapa yang benar-benar melihat. Di SMK MSY, Johor - di sekolah abad ke-21 yang sibuk dan riuh - Amaya adalah pengawas perpustakaan yang sunyi dalam dirinya sendiri. Sehingga hadirnya seorang pemuda... Yang melakar semula bait hidupnya, dan mengetuk ruang hati yang tak pernah dibuka. > Tahun 2024-2025 Kehidupan Amaya dipenuhi kehilangan yang tidak kelihatan. Dan dalam diam, kata-kata mula membunuh. "Aya, kita kawan je. Tak payah nak rindu sangat." Kata-kata yang ringan... tapi menghancurkan dunia Amaya sedikit demi sedikit. "Maaf... Amaya... maaf sangat." Ucapan seorang yang terlambat sedar - yang pernah melepaskan, tapi kini hanya mampu menoleh. > "Kau macam morning glory, Amaya." -Ashame- Dan satu suara terakhir... yang tak pernah sampai kepadanya, tapi kekal dalam benak seseorang: "Kalau aku tiada nanti, tolong jaga Amaya. Dia satu-satunya yang aku ada." Amaya belajar berdiri sendiri. Dalam dunia yang tidak menyelamatkan sesiapa, dia membalut jiwanya dengan sunyi, dan membisik pada diri sendiri: "Je suis fatiguée, mais je fais face." --- Ini bukan kisah cinta semata. Ini kisah tentang rindu yang tak disambut, maaf yang datang terlambat, dan keberanian seorang gadis untuk memilih dirinya - walaupun semua orang memilih pergi. Me Llora bukan tentang siapa yang tinggal, tetapi tentang siapa yang tetap bertahan... bila semua sudah tiada. --- #Multibahasa --start:2024 --end :~~ #On going ---
You may also like
Slide 1 of 9
INSAN BERNAMA KEKASIH cover
Leo's Sweetest Poison (C)  cover
Mencari Bahagia [C] cover
[C] HER TEARS cover
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) cover
Matteo Bellucci:The Mafia's Obsession with Love [C] cover
Mr. Ayyash | OG cover
Me Llora cover
Dia , Amanda Rose cover

INSAN BERNAMA KEKASIH

10 parts Ongoing

INSAN BERNAMA KEKASIH 'Kadang-kadang cinta tak perlu lantang diluah. Cukup ia hadir dalam setiap sujud, dalam setiap doa yang tak pernah putus' MUHAMMAD SHAUQIE X NUR ARIANA QASRINA Muhammad Shauqie seorang pemilik kafe, hidupnya nampak sempurna di mata orang. Tapi jauh di sudut hati, dia hanyalah lelaki biasa yang telah lama mematikan rasa cinta dalam diri. Bukan kerana putus cinta, tetapi kerana luka lama yang tidak pernah sembuh. Ibunya yang sakit mental selepas pemergian ayahnya menjadikan hidup Shauqie terpenjara dalam tanggungjawab sehingga ada hati yang terluka disebabkannya. Nur Ariana Qasrina seorang guru yang pernah hampir melangkah ke gerbang perkahwinan, namun segalanya berakhir bila tunangnya, Furqan, pergi buat selamanya kerana barah yang tidak disangka. Dunia Ariana gelap. Hidupnya yang tersedia adanya terasa seperti neraka yang tak berpenghujung sehinggalah dia bebas. Setiap hari dilalui dengan memaksa diri untuk bertahan. Dua insan yang terluka. Dua hati yang tidak mencari cinta. Namun takdir menemukan mereka dalam pertemuan yang tidak terjangka di sebuah kafe bernama Qaseh & Qadwah. Tapi cinta mereka bukan kisah yang mudah. Rahsia lama terbongkar yang mengikat mereka sebenarnya lebih dalam daripada yang mereka sangka. Namun kerana cinta, dia bertahan. Kerana sayang dia juga bertahan kerana kekasih itulah yang dirasakan amat tulus buatnya. Mampukah cinta bertunas di atas tanah yang penuh luka? Atau mampukah dua jiwa yang rosak menemui kebahagiaan bersama? date: 19 APRIL 2025