Liyana Ellora adalah seorang wanita yang tegar, bersemangat, dan penuh dengan rasa dendam. Semua itu bermula selepas kakaknya, Zulaikha, jatuh ke dalam jurang kegelapan akibat perbuatan seorang lelaki yang licik dan berhati busuk. Muhammad Aryan Emir, seorang lelaki yang kelihatan sempurna di luar, telah merobek hati Zulaikha.
"Dendam tetap dendam." - Liyana Ellora
Kehilangan itu bukan sahaja menghancurkan dunia Zulaikha, tetapi juga menghancurkan keluarga mereka. Liyana, yang melihat kakaknya merana dalam diam, tahu bahawa dia tidak boleh hanya membiarkan segala penderitaan itu berlalu begitu sahaja. Dendam yang membakar dalam hatinya membentuk tekad yang kuat untuk membalas perbuatan buruk Aryan.
"Sebab kau, kakak aku merana." - Liyana Ellora
Liyana bukan lagi gadis yang dulu, penuh dengan impian dan ketulusan. Kini, dia adalah seorang wanita yang telah berubah-bertekad untuk mengajar Aryan sebuah pengajaran yang tidak akan dia lupakan. Dengan kecerdikan dan perancangan yang teliti, Liyana mula merangka langkah demi langkah untuk menghancurkan lelaki yang telah merosakkan hidup kakaknya. Namun, semakin dia mendekati Aryan, semakin dia sedar bahawa dunia ini bukanlah sekadar hitam dan putih.
'Aku khawin dengan dia untuk balas dendam. Bukan jatuh cinta.' - Liyana Ellora
Apakah dendam Liyana akan membawa kebahagiaan yang dia cari, atau ia akan menjerat dirinya dalam kegelapan yang sama? Di sebalik rencamnya perasaan, Liyana harus memilih apakah yang lebih penting, keadilan atau kedamaian yang sebenar?
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut.
Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi.
Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga.
Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja.
Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya.
Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?