Wuis Ezuwan lelaki dingin yang lahir di Itali tapi membesar di malaysia. di besarkan dalam dunia gelap yang penuh darah dan pengkhianat. Sejak kecil dia tahu satu perkara orang yang dia sayang akan menjadi kelemahannya. Disebabkan itu, dia memilih hidup sendirian.... sehingga dia bertemu dengan Ivy Earla
Ivy Earla wanita cantik berdarah campuran Cina Amerika, pemilik sebuah kafe sunyi di hujung bandar. Di mata dunia, dia hanyalah seorang wanita biasa yang suka kesunyian, tetapi dia sebalik senyumannya, tersimpan luka lama. Ayahnya dibunuh kejam ketika dia masih kecil,dan ibunya melarikan diri ke Malaysia untuk melindunginya. Ivy membesar tanpa pernah tahu siapa yang membunuh ayahnya...dan mengapa
Pertemuan mereka bermula dengan kejadian tidak diingini di kafe tersebut, berlanjutan dengan perbualan ringkas yang perlahan-lahan membuka pintu hati. Namun, semakin Wuis mendekat, semakin besar rahsia yang harus di sembunyikan-kerana dialah lelaki yang hidup di bawah bayang-bayang dunia gelap yang dapat membahayakan Ivy Earla namun begitu rasa ingin tahu dan balas dendam membawa mereka ke satu tahap yang lebih dalam
Dapatkah Wuis bebas daripada dunianya di bawa kawalan orang-orang itu dan Ivy kebenaran tentang ayahnya.....
Cinta mereka adalah antara rasa ingin memiliki dan rasa takut kehilangan. Dan bila rahsia terbongkar, satu persoalan akan menentukan segalanya:
Mampukah cinta bertahan...bila kematian adalah harga yang perlu di bayar
First time
All Rights Reserved