SHE'S SOFEA SAJEEDA (Completed ✅)
50 parts Ongoing Hans Zafriel seorang lelaki yang kacak dan bergaya, idaman para gadis, sekali melihat lelaki itu pasti senyuman meniti di bibir gadis tersebut.
Sofea Sajeeda merupakan seorang pelajar dari sebuah University di France, wanita yang pernah mempunyai trauma terhadap percintaan di zaman persekolahan nya, wanita itu menyangka dia disisih dari keluarga tapi sebaliknya Encik Rodzi dan Puan Wati tetap menyayangi nya dan tidak mahu anak perempuan nya menjadi seperti arwah anak pertamanya, tapi benarkah wanita yang dikenali sebagai shahira itu anak pertama dan kakak sulung dari mereka adik beradik?.
Pertemuan mereka berlaku disebabkan sebuah insiden yang menemukan dua hati secara langsung, Hans Zafriel sudah tertarik dengan perwatakan Sofea yang kelihatan agak sombong terhadap nya pada masa yang sama sofea pula sedang menunggu masa untuk pergi ke france dan menyambung pelajaran nya.
Suatu hari lelaki itu datang ke rumah keluarga sofea namun, hampa wanita itu sudah berada di France pada ketika itu, namun dia tetap juga melawat keluarga sofea untuk bertanya hal serba sedikit tentang wanita idaman nya itu.
Apabila sofea pulang ke malaysia, dia berlepas dari france dan sampai ke malaysia pada pukul 8 pagi, secara kebetulan ibu bapa kepada Hans Zafriel pulang dari mekah, mereka bertemu antara dua mata di klia.
Hans Zafriel terus mengejar wanita itu, sehinggakan sofea menerima nya.
Mereka hidup bahagia selepas berkahwin namun, atas kehadiran zakwan ia menjadi satu kesulitan dan konflik yang berlaku pada keluarga mereka.
Mampukah, mereka pertahankan hubungan mereka?
Atau mungkin hanya hubungan yang di sia - siakan?