Cover By: MssLaiZahr
BEHIND THE LENS
Nasib nak buat orang, orang buat kita dulu. Demi sesuap nasi, tahan jelah! Hm, nasib badan.
Ayra Mikayla Ahmad Daris, gadis yang sudah hampir menginjak usia 26 tahun, wartawan dan pengacara terbaik abad ni. Sebut sahaja berita panas terkini, pasti orang semua tahu sumber datang dari mana. Tanpa menghiraukan sebarang masalah atau kerugian yang akan dialami pihak sana, katanya, "Ini dah memang resiko kerja diorang, kalau rasa tak boleh nak tahan jangan jadi public figure,"
hm, kalau dah tak kena batang hidung sendiri gajah terbang boleh sembang. Hidup ni bagai roda yang berputar, kadang kita di atas kadang di bawah. Apa jadi kalau semuanya berbalik pada dirinya sendiri?
Bukan spesies yang mudah mengalah, bahkan tetapi dia sangat tangguh akan segala kesusahan dan resiko yang terbentang atas dasar pekerjaannya dan puncak kariernya. Hampir disaman? Dah. Diugut? Dah, dan macam-macam lagi. Tapi kali ni buat dia terduduk. Main mental beb. Bila dah satu Malaysia lawan dia seorang? Apa jadi?
Kehadiran jejaka panas khas campuran Melayu \ Siam mula mengucar kacirkan hidupnya. Macam mana pula tu?
Tuan Theerawat Tuan Thoriq atau nama melayunya Tuan Huzaifah Tuan Hadi. Jejaka 28 tahun itu menggemparkan seluruh Malaysia dengan ketampanan dan bakatnya dalam urusan perniagaan maupun perindustian tanah air. Hebatkan?
Of courselah! Benda ini bagai satu makanan terbaik yang patut segera dihidangkan. Bagi Ayra apapun yang mengguntungkannya pasti takkan lepas dari lensa kamera mahalnya. Baiklah, mari kita bermain - main! Fikirnya. Tanpa tahu itu merupakan pembuka pintu untuk kehidupan baru yang sedia menantinya.
Oh, tidak! Aku salah bermain dengan orang. Niat nak buka scandal untuk dia. Lah, kenapa aku pulak yang terpalit sama? Nak salahkan siapa?
Ingin tahu kelanjutannya kisahnya? Teruskan membaca Behind The Lens.