Kehidupan Alyn dan Nuffaiq kelihatan sempurna-seorang suami penyayang, seorang isteri yang berjaya, dan tiga anak yang membahagiakan. Setelah beberapa tahun berhenti kerja demi menjadi suri rumah sepenuh masa, Alyn membuat keputusan untuk memulakan perniagaan secara maya, sementara Nuffaiq, seorang pensyarah yang dihormati, terus memberikan sokongan tanpa henti. Namun, kebahagiaan itu mula goyah apabila seorang pelajar bernama Sofea memasuki kehidupan mereka.
Sofea, yang merupakan pelajar bimbingan Nuffaiq, mulai mendekati suaminya dengan cara yang tidak disedari oleh Alyn. Ketegangan timbul apabila Nuffaiq, yang mula merasa kekosongan dalam hidupnya, terjebak dalam perasaan terhadap Sofea. Tanpa pengetahuan Alyn, Nuffaiq membuat keputusan besar-menyunting Sofea, sebagai permaisuri hati kedua.
Saat kebenaran terbongkar, Alyn terpaksa berhadapan dengan kenyataan pahit bahawa suaminya telah memilih untuk menjalani hidup poligami tanpa memberitahunya terlebih dahulu. Dalam pergelutan perasaan, Alyn harus memilih antara cinta, pengkhianatan, dan kebahagiaan dirinya sendiri. Adakah Alyn mampu menerima keputusan Nuffaiq, atau sebalik?
Faqih Ruzain x Dhiya Kamila
Disebabkan satu peristiwa Dato Dazrin telah melayan anaknya Dhiya Kamila dengan dingin. Dhiya Kamila yang merasa tersisih dan kehilangan kasih sayang telah membesar menjadi seorang gadis yang kuat memberontak. Hal ini menyebabkan hubungannya dengan Dato Dazrin semakin tegang. Kemarahan Dato Dazrin memuncak apabila mendapati Dhiya bercinta dengan lelaki yang berlainan agama. Bagi menyelamatkan anaknya dari terus tersasar jauh Dato Dazrin memaksa Dhiya bernikah dengan Faqih Ruzain yang merupakan anak rakan karibnya.
"Hai apasal tunduk je. Takut iman tak kuat ke tengok perempuan cantik dan sexy depan mata. Kata Ustaz, takkanlah tengok perempuan cantik pun roboh tembok iman tu." -Dhiya-
"Seorang lelaki muslim perlu menundukkan pandangannya. Begitu juga seorang wanita wajib menutup aurat. Kalau dhiya nak sangat abang pandang Dhiya, tunggu kita halal nanti. Bukan setakat Dhiya pakai baju seksa macam ni abang boleh tengok. Dhiya tak pakai apa pun abang boleh tengok." -Faqih-
"Aku bukan lagi Dhiya Kamila sahabat karib kau yang kau kenal masa kecik-kecik dulu Faqih. Aku perempuan kotor yang penuh dengan dosa. Tak macam kau alim macam malaikat. Kau nak ke perempuan kotor macam aku ni jadi isteri kau. Aku rasa baik kau cakap pada papa yang kau tak sudi nak jadi suami aku." -Dhiya-
"Abang sanggup terima Dhiya andai ini jalan yang mampu untuk tarik Dhiya balik ke pangkal jalan dan dapat selamatkan akidah Dhiya. Lagipun ibu dan ayah abang pernah berjanji dengan arwah mama Dhiya akan tengok-tengokkan Dhiya." -Faqih-
Setelah selamat disatukan bukan mudah Faqih ingin melentur Dhiya yang keras kepala. Bagi Dhiya hidup dengan Faqih umpama hidup dalam penjara. Kebebasannya tersekat, itu dan ini tidak boleh kerana lelaki itu terlalu mengikut hukum agama. Walaupun Dhiya sering melawan dan memberontak tetapi ada saja akal si Ustaz untuk memenangi peperangan mulut di antara mereka berdua.