INGIN MEMILIKIMU

INGIN MEMILIKIMU

  • WpView
    Reads 372
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jan 2, 2025
WpInfo
Fiction
Romance
Tajuk: INGIN MEMILIKIMU Penulis: NURSUZAHAN Harga: RM36/RM39 Aku terperangkap dalam permainan hatimu. Demi melaksanakan impian Tuan Imran, Iskandar setuju menguruskan sebuah projek baru di bumi Terengganu. Di situ, dia bertemu dengan seorang wanita bernama Suria Kaisara. Pada pandangan mata Iskandar, wanita itu lain daripada lain. Malah, Suria tidak sedikit pun menunjukkan minat terhadap dirinya. Suria sering diganggu oleh seorang lelaki bernama Zulhakimi. Status lelaki itu sebagai suami orang menyebabkan Suria menjauh. Namun, peristiwa Suria diserang oleh isteri Zulhakimi membuatkan Iskandar terpaksa berlakon sebagai seorang tunang, demi melindungi Suria. "Terus terang aje. Apa awak nak?" - Suria Kaisara "Aku nak kau. Kau kan tunang aku." - Iskandar Demi mencapai impiannya, Iskandar telah mengatur rancangan. Dekati Suria dan beli hatinya. Sayangnya, perangkap yang dibina akhirnya memakan diri. Iskandar terjerumus dalam mainan perasaan. Malah, Iskandar jadi semakin tamak. Dia ingin memiliki Suria Kaisara dan takdir juga seolah-olah sedang memihak kepadanya apabila dia dan Suria akhirnya disatukan. "Awak hanya nak main-mainkan perasaan saya, kan?" - Suria "Aku nak kau tahu yang kau bukan sebahagian daripada rancangan aku." - Iskandar Kemunculan Melisa yang kembali menagih kasih Iskandar menjadikan keadaan bertambah kusut. Memang Iskandar pernah cintakan Melisa, memang juga Iskandar pernah patah hati yang terlalu dalam apabila ditinggalkan oleh Melisa. Tapi, itu dulu. Suria curiga dan apabila kebenaran terbongkar, mengapa Iskandar mendekatinya, Suria memilih untuk benci. Walau berkali-kali dipujuk Iskandar, tak mudah lagi untuk dia membeli hati Suria yang telah terlalu terluka. Untuk melanggan & pertanyaan: https://shopee.com.my/kedaibukudn http://www.wasap.my/+60132588069
All Rights Reserved
#145
airmata
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]
  • FIRASY ✓
  • Terima Kasih Derita [TERBIT]
  • Merinduimu Bukan Sederhana
  • Bukan Sekadar Cinta
  • Janji 'Bekas Tunang' | COMPLETED
  • C H A MILI O N
  • Psycho Itu Aku Punya
  • DENDAM CINTA ✧

[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang gadis muda dan seorang duda telah mewujudkan suatu tanggapan yang tidak disangka. Mardiah yang lembut hatinya tersentuh akan seorang bayi kecil yang sudah kehilangan ibunya. Bukan insan itu sahaja,malah bayi itu juga turut kehilangan kasih sayang seorang ibu. Kehadiran Mardiah yang sudi menjadi ibu susuan bayi itu telah mendapat perhatian sang duda,iaitu bapa bayi itu. Azrell mula jatuh hati akan kasih sayang Mardiah terhadap anaknya,Qaysara. Disebabkan oleh amanah Arwah Syazira dan kasih daripada Mardiah, Azrell mengambil keputusan untuk menikahi Mardiah Hampir saja lamaran Azrell ditolak oleh kerana Mardiah masih belum bersedia untuk bersuami. Namun,saat Azrell menawarkan penjualan sebuah kafe yang amat Mardiah idamkan, gadis itu mulai setuju akan syarat Azrell iaitu mengahwini dirinya. "Encik Az, saya kahwin dengan Encik Az pun sebab Sara bukan sebab saya ada hati dengan Encik Az. " - Nur Mardiah "Tapi saya nak awak kahwin dengan saya sebab kasih sayang awak terhadap anak saya walaupun bukan pada saya. Saya akan terimanya. "- Azrell Ameer Memang tidak dapat dinafikan, Mardiah yang dulu buta pada cinta akhirnya tenggelam juga dek kerana penangan cinta majikannya yang sudah bergelar suaminya yang sah. "Mar, selama ini saya buat semua kemahuan awak sebab saya cintakan awak. Tapi, ini yang awak balas pada saya dengan cara kahwin dengan lelaki lain. " - Haykarl Mardiah diuji dengan banyak masalah yang menimpanya. Haykarl yang menagih cinta darinya membuatkan fikirannya jadi kusut dengan Azrell yang sudah hilang kepercayaan kasih sayang darinya. Semua orang yang dia harapkan selama ini lenyap dalam sekelip mata tanpa dia duga. Adakah Azrell akan mempercayai semua penjelasan Mardiah setelah apa yang terjadi?Dan adakah Haykarl tetap akan menanti cintanya pada Mardiah selama ini?. p/s: Cover by @Nraalalaa

More details
WpActionLinkContent Guidelines