Ian Mateen dan Ian Mirza adalah saudara kembar. Ian Mateen telah melanjutkan pengajian di universiti tempatan di Malaysia, sementara Ian Mirza memilih untuk mengikuti ayahnya di London dan menyambung pengajian disitu. Namun, selepas satu insiden misteri di universiti, Ian Mateen mula menjauhkan diri. Dia menjadi menjadi pendiam, sering mengelak daripada menjawab panggilan atau mesej Ian Mirza. Keadaan semakin memburuk apabila Ian Mateen mendadak memutuskan untuk terbang ke London tanpa sebarang penjelasan. Beberapa hari selepas tiba di London. Ian Mateen meninggal dunia secara tragis. Kejadiaan itu menghancurkan Ian Mirza, yang tidak pernah menyangka kembarnya menyimpan kesakitan sebesar itu. Di sebalik kesedihan, Ian Mirza menemukan petunjuk samar- Ian Mateen meninggalkan beberapa catatan peribadi dan tingkah universiti tampaknya berkait dengan trauma berat yang tidak dia diceritakan. Dengan tekad untuk mencari kebenaran dan memahami apa yang dialami adiknya itu, Mirza kembali ke Malaysia dengan menyamar sebagai Ian Mateen. Dalam sebuah Majlis Reunion, Ian Mirza telah bertemu Jebat Andika seorang bekas senior Ian Mateen yang kini seorang Leftenan Muda dalam angkatan tentera. Jebat dihantui rasa bersalah kerana dia adalah salah seorang pelaku dalam kejadian silam yang merosakkan hidup Ian Mateen. Di tengah-tengah penyiasat, Ian Mirza berdepan dengan konflik batin. Beliau telah menjalinkan hubungan bersama Jebat Andika dan pada masa yang sama mengetahui Jebat Andika adalah salah satu orang yang menjadi punca kematian adiknya. Konflik bertambah rumit apabila munculnya Henry Bendate yang juga merupakan bekas senior Ian Mateen serta terlibat sama dengan kematian Ian Mateen. Henry Bendate berusaha untuk menutup rahsia lama mereka dengan apa jua cara sekalipun. Adakah cinta yang terjalin dapat menyembuhkan luka lama atau adakah kebenaran akan memusnahkan semua yang tersisa?All Rights Reserved