Melisa yang kehilangan ibunya di saat usianya masih kecil disebabkan penderitaan penyakit kanser yang sudah setahun lamanya. Kehilangan itu merampas kegembiraan kanak-kanaknya, meninggalkan luka yang sukar sembuh dan membuatnya berjuang sendirian di sekolah. Seringkali, dia menjadi sasaran geng pelajar yang gemar membuli, namun dibalik semua itu, dia mempunyai seorang kawan yang baik, teman setia yang memberi kekuatan dalam setiap langkah hidupnya. Ayahnya pula, walaupun sering sibuk, adalah sumber cinta dan sokongan yang tidak pernah putus, memeluknya dengan penuh kasih setiap kali dia pulang ke rumah.
Dengan tekad yang membara, Melisa berjuang untuk mencapai impian besarnya-menjadi seorang doktor, mewarisi semangat ibunya yang penuh belas kasihan. Perjalanan itu membawanya ke dunia universiti, di mana dia menemukan semangat baru dalam mengejar ilmu dan mempersiapkan diri untuk masa depan.
Namun, takdir mempertemukannya semula dengan Leone, lelaki yang pernah mencuri pandangan pertamanya di sekolah dahulu. Leone, bekas ketua pengawas yang dahulu sering melindungi pelajar lain dengan tenang dan bijaksana, kini seorang lelaki matang yang tetap penuh pesona dan keteguhan. Pertemuan mereka menyalakan kembali kenangan manis yang lama terpendam, menyedarkan Melisa tentang cinta yang diam-diam mekar di hatinya selama ini.
Dalam perjalanan menghadapi masa lalu, berdamai dengan kehilangan, dan meraih cinta sejati, Melisa menemukan bukan sahaja kekuatan untuk menyembuhkan orang lain tetapi juga dirinya sendiri. "Dear, Melisa" mengisahkan perjalanan seorang gadis yang kuat menghadapi cabaran hidup, mengejar impian, dan menemukan cinta sejati di antara luka lama dan harapan masa depan.
BTE OFFICIAL COMPLETED
Tuan Elqar Zuhayr usahawan muda yang tampan dan berjaya , kemewahan selama ini dia rasai membuatkannya terleka dalam arus dunia . Takdir kehidupan bertindak diluar jangkaan apabila Tuan Elqar mengalami kecederaan parah dalam nahas kemalangan jalan raya , kereta yang dipandu dalam keadaan mabuk tersasar menghentam ke bahu jalan .
Kini , Tuan Elqar disahkan lumpuh separuh badan . Hidupnya terasa hancur seketika
Puan Sri Nor yang khuatir anaknya bakal jangkau usia 30-an tapi masih belum beristeri tambahan keadaan anaknya yang lumpuh , membuatkannya nekad mencari seorang isteri dari untuk Elqar . Berapa jumlah wang yang diinginkan pasti diberikan dengan syarat gadis itu mampu merawat dan menerima keadaan anaknya .
Eisya gadis miskin yang terdesak bagi mendapatkan wang untuk pembedahan jantung sang adik sanggup berkorban apa sahaja , namun sangkaannya meleset apabila Tuan Elqar enggan menerima dirinya . Hanya diatas kertas dia bergelar isteri kepada Tuan Elqar tapi kenyataannya dia bagai hamba abdi kepada lelaki itu .
" Eisya ! Eisya ! Kau pekak ke ? Aku panggil kau ! Aku nak air ! Hidup kalau menumpang harta orang pandailah jaga diri ! Ni selekeh perempuan kampung ! Tak pandai jaga suami ! "
Eisya hanya diam diri tahan sebak dimarahi suami sendiri .
" Ba - ik tuan ... "
Berlangsung 5 bulan pernikahan rasa cinta dihati Eisya bercambah untuk Tuan Elqar , namun lelaki itu seolah mati rasa dan enggan menerimanya .