Haq Milik Elyana

Haq Milik Elyana

  • WpView
    Reads 3
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Nov 19, 2024
WpInfo
Fiction
Romance
Kejadian cemas yang akhirnya terjadi insiden memalukan. Cemas sebab ada biawak besar tersesat ke dalam rumah. Elyana cedera diserang biawak tersebut. Apa yang memalukan, akibat terkejut Elyana pergi panjat si abang bomba yang kebetulan berdiri hampir dengannya. Spontan sahaja kerana Elyana sangkakan dia sedang panjat tiang di ruang dapur rumahnya! Pertemuan pertama, insiden biawak - Cik Elyana menangis. Pertemuan kedua, insiden pintu kereta terkunci - juga Cik Elyana menangis. "Jika ditakdirkan ada pertemuan ketiga antara kita, saya harap saya boleh tengok Cik Elyana tersenyum pula." Daripada insiden tiang dapur lagi hati Elyana dah terpaut suka. Bila ada pertemuan kedua dan ketiga, Elyana dah mulakan misi gila-gilanya. Misi memikat si abang bomba dan misi mendapatkan restu ibu si abang bomba! "Saya nak kita akhiri semua ini. Jangan rendahkan maruah awak sebagai perempuan demi nak mendapatkan lelaki yang bukan sesiapa seperti saya ni,"- Shazril Haq "Saya tak cari lelaki sempurna Aril, saya hanya nak cari sesorang yanv boleh sayang saya seadanya saya," - Elyana Nur Amirah Apakah kesudahan misi memikat abang bomba Elyana? Berjayakah dia memikat si abang bomba yang jinak-jinak merpati tu? Bila ada gadis cantik duk mengorat, Shazril Haq keraskan hati jual mahal. Tapi ada sesuatu terjadi sehingga Shazril Haq menjadi nekad. Nekad untuk tamatkan semuanya. Jadi, bolehkan Elyana pastikan abang bomba pujaan hati menjadi Haq milik Elyana buat selamanya?
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • HIS MAFIA SIDE [C]
  • Suami Aku Si Kaki Buli!
  • SAYANG, MAAFKAN AKU [C]
  • TERKUNCI DALAM KENANGAN
  • TEMAN LELAKI TEPAT SAYA!
  • 🌼PELUANG KEDUA 🌼 (COMPLETED)
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  •  ORKED IMANI: I Love You My Babysitter(Re-edit)
  • Takdir Kita ( OG )

"Lapan tahun lagi aku nak jadikan dia isteri aku." - Muiz. Siapa sangka, kata-katanya itu menjadi satu doa yang telah dimakbulkan oleh Sang Pencipta. Sayangnya, gadis yang dia nampak bukanlah gadis yang dia sukai sejak di bangku sekolah lagi. Sebaliknya, gadis itu ialah Mahairah, kakak kepada gadis yang dia sukai. Pertemuan yang tidak disangka telah menjentik semangat Muiz untuk menjadikan gadis itu hak miliknya walaupun dia terpaksa gunakan cara kasar sekalipun. Hal ini demikian kerana dia benar-benar telah jatuh hati kepada gadis itu. "Tugas seorang isteri cuma melahirkan anak dan melayan suami di ranjang. Kerja rumah semua ni biar hubby buat. Sayang tu permaisuri di dalam rumah ni." - Muiz. Mahairah tidak menyangka. Berkahwin dengan lelaki yang pernah dikatakan 'gila' itu membawa sinar bahagia dalam kehidupannya. Namun, kebahagiaan mereka tidak kekal lama setelah Muiz mendapat tahu bahawa Mahairah bukanlah gadis yang pernah dia sukai suatu ketika dulu. "Kau boleh terima hakikat tak yang aku dah tersalah pilih isteri. Sepatutnya aku kahwin dengan adik kau. Bukan dengan kau." - Muiz. "Tapi, kenapa baru sekarang? Lepas Mairah dah jatuh hati pada abang baru abang nak cakap macam ni." - Mahairah. "Bukan salah aku. Aku tersilap orang." - Muiz. Kata orang, cinta tidak boleh dipaksa. Mahairah reda sekiranya cinta Muiz benar-benar untuk adiknya. Mahairah mengalah dalam mempertahankan rumah tangganya. Namun, hubungan mereka semakin bertambah parah setelah Mahairah mendapat tahu bahawa Muiz bekerja bersama ahli kongsi gelap. Dia tidak dapat terima hakikat itu. "Kalau abang boleh cakap abang menyesal kahwin dengan Mairah, Mairah pun menyesal kahwin dengan abang. Mairah jijik dengan abang!" - Mahairah. Mahairah akhirnya pergi membawa diri. Fikirnya, dia selamat daripada neraka ciptaan Muiz, namun dia silap. Diculik oleh suami sendiri? Mampukah Mahairah melarikan diri buat sekali lagi?

More details
WpActionLinkContent Guidelines