59 parts Ongoing Berkahwin atas dasar mahu menutup aib keluarga bagi pihak perempuan? Itu sungguh mengejutkan bagi Haider kerana dirinya kini harus menerima hakikat yang pahit. Mengapa dia yang dipilih untuk mengahwini seorang perempuan yang dipandang penuh dosa, sombong dengan kemewahan.
"Mengapa aku yang perlu melakukan semua ini ya Allah? Takdir apakah yang sedang Kau aturkan untukku?"
Bagi Tiara, perkahwinan ini adalah peluang baginya untuk mencapai kepuasan. Berkahwin dengan lelaki yang tinggi ilmu agama, seorang imam masjid? Sangat tidak disangka. Namun, apa dia peduli? Baginya, perkahwinan ini hanya memberi kebebasan untuk terus hidup mengikut caranya, kerana dia yakin Haider tidak akan berani menegurnya. Tetapi itu hanyalah angan-angannya semata-mata.
"Kau tak ada hak nak tegur aku, pak imam. Kau tu bukan sempurna sangat pun."
Kuatkah Haider untuk menghadapi segala ujian ini bersama Tiara, yang tidak pernah habis menguji kesabarannya? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan seperti pasangan lain di luar sana? Ataukah perkahwinan ini hanyalah jalan penuh duri yang tiada akhirnya? Adakah ini cinta yang mereka cari atau sekadar perangkap kehidupan?
"Takdir menemukan kita dan meskipun luka mengiringi perjalanan, di sebalik semua ini pasti akan ada kebahagiaan yang tersembunyi."
⚠️⚠️⚠️
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dari idea saya sendiri, semoga memberi iktibar kepada anda semua❤️
Start : 18/10/2023
End :
Cover by : PutraRize_