Dalam dunia yang penuh cabaran, Liya, seorang wanita muda, terperangkap dalam kegelapan kemurungan yang menghimpitnya. Di luar, dia kelihatan berjaya, seorang pelajar dekan di sebuah universiti. Tetapi di dalam, luka emosinya sukar disembuhkan.
Ketika Liya sedar bahawa keadaannya semakin parah, dia berdepan dengan stigma masyarakat dan perjuangan dalaman yang mengekang usahanya untuk mencari bantuan. Dalam pencariannya untuk meraih semula makna hidup, Liya menempuh pelbagai cabaran, dari menyelami diri hingga memperjuangkan hak untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
"Pendam" mengajak pembaca menyelami pergolakan emosi dan cabaran yang dihadapi oleh mereka yang berjuang dengan kesihatan mental. Melalui penceritaan yang sensitif dan realistik, novel ini bertujuan untuk menghapuskan stigma dan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya kesihatan mental dalam masyarakat kita.