Selepas kehilangan Hana yang tiada kesudahan, masing-masing membawa haluan sendiri. Tiada satu antara mereka yg menegur. Mereka membuat perjanjian tiada persahabatan seperti dulu. Semua mesti berpecah dan membuat hal sendiri.
Rayyan membawa diri jauh ke utara . Sementara menunggu tawaran kemasukan ke peringkat asasi Rayyan membuat keputusan drastik untuk memasuki Tingkatan 6 sedangkan mengikut kelayakkan keputusan SPM dia layak menyambung ke peringkat asasi. Di sana Rayyan bertemu dengan seorang gadis yg mirip Hana. Rayyan mula terpikat dan mula lupakan kisahnya bersama Hana.
Hana pula hidup dalam penuh keseksaan disamping seorang yang paling dibencinya. Hampir setiap hari Hana dipukul dan diseksa malah dilayan sebagai hamba. Pada satu saat Hana tekad melarikan diri dari rumah tersebut. Dia sudah bersedia dengan dugaan yang bakal menimpa. Walaupun ingatannya tidak sepenuhnya kembali pulih tapi dia masih ingat keluarganya.
"cinta saya pada awak adalah cinta mati Rayyan"
"Rayyan milik aku! Kau siapa nak masuk campur hidup kami"
"kenangan kita akan saya jadikan kenangan terindah"