Story cover for CINTA BERSULAM DERITA by aynnazrien
CINTA BERSULAM DERITA
  • WpView
    Reads 309
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 12
  • WpView
    Reads 309
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 12
Ongoing, First published Nov 22, 2024
IRMA HAFIZA. Gadis yang diuji berkali-kali sejak kecil. Perjalanan hidupnya yang sukar, membuatkan dia mati rasa dan percaya. Apa pilihan yang dia ada kerana dia hanya insan lemah yang dipilih untuk jalani susunan takdir Nya. Terutama apabila wujud insan kejam tanpa perasaan yang sentiasa menyusahkan hidupnya.

Ego. Dendam. Trauma. Semuanya membentuk seorang ADAM HAZRIL yang berbisa. Jangan dicabar dia yang gila. Jangan disentuh apa sahaja miliknya. Adam Hazril tidak takut bermain nyawa. Tapi dalam pada dia yang nampak sempurna, dia sebenarnya takut bermain rasa. Kerana dia tidak sanggup ulang sakit yang sama.

"Apa masalah kau dengan aku sebenarnya? Penatlah. Tak cukup ke semua ni? Nak tengok aku jatuh tersungkur macam mana lagi?" -Irma Hafiza.

"Sampai aku puas. Sampai kau jauh dari aku. Aku buat semuanya sebab aku tak nak kau ada depan mata aku. Kau tak patut wujud dalam hidup aku. Berambus!" -Adam Hazril.

Pelindung. Peneman. Pencinta yang setia. AMIR HAZRIQ. Hadirnya dia dalam hidup Irma Hafiza umpama cahaya yang sentiasa menerangi hidupnya. Tetapi lelaki itu juga tidak sempurna. Dikala dia memberikan cahaya, hidupnya sentiasa dikaburi gelita. Siapa dia yang sebenarnya? Siapa keluarganya?

Kembalinya Amir Hazriq yang pernah menceriakan hidup Irma Hafiza seolah-olah memberi nafas baru dalam hidupnya. Tapi bahagia yang tercipta hanya persinggahan sahaja. Sekali lagi, ujian diberikan dalam hidupnya.

"Dari hari pertama kita kenal, kau masih pegang janji untuk tetap jadi kawan aku kan?" -Irma Hafiza.

"Selamanya. Kau kawan, sahabat dan cinta mati untuk aku. Tapi jangan lupa. Antara kita bukan segalanya. Aku minta maaf kalau cinta yang kau dambakan, tapi derita yang aku sulamkan. Sumpah, pilihan aku hanyalah untuk bahagia kita." -Amir Hazriq.

Pilihan itu. Pilihan yang menyebabkan Irma Hafiza hampir gila! Sampai bila? Sampai bila hidupnya perlu porak peranda? Sampai bila cinta yang dia rasa perlu bersulam derita?

**************
Start : 22 November 2024.
On going..
All Rights Reserved
Sign up to add CINTA BERSULAM DERITA to your library and receive updates
or
#16bullyingawareness
Content Guidelines
You may also like
AKU atau DIA ? | COMPLETE by PA_Farisha
21 parts Complete
Azira Nur Qaireen... seorang gadis biasa yang menyimpan perasaan rahsia terhadap lelaki bernama Muhamad Airil Zafran sejak zaman sekolah lagi. Cinta yang dipendam kemas, tanpa pernah terucap. Namun takdir mempermainkan rasa, Zafran seolah tidak pernah melihat kewujudan Qaireen lebih dari seorang kawan. Bertahun berlalu, hidup Qaireen berubah. Ketika luka lama hampir sembuh, dia diuji lagi. Kali ini dengan sebuah pilihan. Antara Zafran, iaitu lelaki yang diam-diam pernah menghuni hatinya, atau Tengku Amsyar Suhaimi, iaitu sahabat yang setia menemani jatuh bangunnya. Saat dua hati berdiri di hadapannya, meminta jawapan, Qaireen sedar... cinta tidak pernah sesederhana memilih satu nama. Ia tentang keberanian, tentang luka yang perlu dimaafkan, tentang kepercayaan yang perlu dibina semula. Dalam perjalanan memilih, Qaireen belajar satu perkara, kadang-kadang, orang yang benar-benar mencintai kita... adalah orang yang pernah kita lupakan. "Aku tak janji untuk jadi sempurna. Tapi aku janji, untuk sentiasa ada dengan kau, Qaireen." - Muhamad Airil Zafran "Aku tak akan pernah berhenti berjuang... walaupun hati kau bukan untuk aku." - Tengku Amsyar Suhaimi "Bila hati diberi pilihan... adakah aku berani memilih untuk bahagia?" - Azira Nur Qaireen Antara kenangan, pengkhianatan, dan janji-janji baru, mampukah Qaireen akhirnya memilih hati yang tepat? Penjana idea: 1. Farisha Alya (author) 2. Qaireen Aira 3. Nur Umaira 4. Amirah Afina
【C】SABAR SEORANG LELAKI by HarrinAiris
88 parts Complete
『𝓢𝓪𝓫𝓪𝓻 𝓢𝓮𝓸𝓻𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓮𝓵𝓪𝓴𝓲』 ● ● ● Adam Daniel Seorang pemilik hati yang tulus namun dikaburi dengan perwatakan kasar. Anak haram? Anak zina? Tak sah taraf? Ya, itulah panggilan tetap dan kekal untuknya. Sabar adalah sahabatnya dan tabah adalah kekasihnya. Hatinya kental, keras dan cekal dek sejarah hitam asal usulnya. Sejarah bagaimana dia boleh terbentuk dalam rahim sang ibu. Hinaan dan cacian sudah cukup sebati dalam diri. "Anak haram ke anak sial ke sama je." "Baik mati dari malukan keluarga." Dia hanya seorang insan yang mahukan kasih sayang keluarga. Bukan seorang yang tidak punya hati saat dipijak oleh manusia apatah lagi dari manusia bergelar ayah yang membuatnya lebih menderita. "Kau patut bersyukur aku simpan kau dalam rumah ni. Kalau aku buang kau, pengemis pun jijik nak tengok kau." - Tan Sri Azmi Ya, hidup Adam tak ubah seperti anjing jalanan! ᚔ Adam dipaksa berpindah ke sekolah paling kaya di Malaysia yang cuma pentingkan nama dan pangkat. Pembohongan status sebenar keluarganya membuat dirinya dibuli agak teruk. Tetapi, dia akan pastikan kehidupan peribadinya tak terjejas. Rahsianya akan sentiasa tersimpan rapi. Namun hanya kerana satu peristiwa, Adam mengambil peluang membantu mangsa buli yang lain. Lebih aneh, mereka mahu Adam yang tak mahu terlibat dengan sesiapa menjadi teman mereka. "Boleh tak kalau Fiqri nak kawan dengan Adam?" - Fiqri "Awak lelaki kan? Saya perempuan! Kita boleh jadi kawan." - Tiara "Aku nak kawan dengan kau. Betul!" - Nayli "Aku nak jadi kawan kau." - Lukman Tetapi, adakah hidup Adam Daniel akan sentiasa lancar di sekolah itu? Bagaimana hubungan persahabatan mereka jika sejarah hitam di sekolah lama membuat Adam sukar percaya pada sesiapa? Dan, adakah rahsia Adam akan sentiasa terkubur? Akankah muncul kebahagian buat Adam setelah sekian lama lelaki berjiwa sabar ini menderita? Brain: Be patient Heart: Until when..?
Hidup Dalam Mati [Completed] by N_mirae
32 parts Complete
Kalau kau boleh senyum, kenapa perlu kau sorokkan? Kenapa kau berpura menahan diri untuk tersenyum ikhlas? Sedangkan aku di sini mahu tersenyum bebas seperti kau. Kalau kau boleh menangis dan mahu menangis, kenapa perlu kau tahan? Kenapa kau perlu pendam walhal kau boleh lepaskan segalanya yang sakit dengan air mata? Sedangkan aku di sini masih menanti empangan air mata untuk pecah, tetapi ia terlalu kukuh, tetapi air nya semakin sedikit. Kalau kau boleh marah untuk perkara yang melibatkan maruah, keluarga atau kawan baik kau, kenapa kau perlu berdiam diri? Bukan maksud aku menyuruh kau buat masalah, tapi sesekali aku rasa kau perlu pertahankan diri dsn mereka. Sedangkan aku di sini... seperti patung, yang membiarkan saja mereka memperlakukan apa sahaja kepada aku. Kau ada perasan, dan kau boleh rasa segala emosi, tapi kenapa kau mahu berpura menyorokkannya? Sedangkan aku di sini... masih tergapai mencari semua itu. "Hati kau tak mati." -Afi Haiman. "Jadi... aku minta kau terus jadi kawan aku ya?" - Ahmad Ilham. "Tak apa... abang ada..."- Bahzi. "Aku-tak, abang... tak pernah abaikan adik."- Bahri. Satu persatu berlaku, setiap satunya membuatkan aku semakin lemah. Hidup... untuk apa? Aku tak tahu kenapa aku masih hidup, tapi aku juga tak mahu mati. Ini kisah aku. Kisah hidup aku, yang tak indah, dan tak juga perit. Mungkin bagi kau yang membaca takkan percaya, tapi... ini benar kisah aku, Nur Basyirah. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° *note: Okay hi😂 This gonna be quite short and might hurt you. Please prepare your heart. Ini hanya rekaan semata, saya minta anda membaca dengan fikiran yang terbuka, hati yang tenang dan dengan hati anda, supaya anda lebih menghayati dan memahaminya. Terima kasih kerana membaca! Maaf andai membosankan ahahaha
Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham) by _cikamal
10 parts Complete
Tajuk baru Dia. Tajuk lama Jampi Cinta Ilham Harga RM 16.00 Ready file Blurb DIA Berbintikan Abdullah dan menumpang kasih dalam keluarga angkat yang membenci dirinya, bukan sesuatu yang mudah bagi Imani. Setiap hari, hanya air mata yang menjadi peneman setia. . "Tak ingin I bela anak haram macam budak malang tu. Tercemar imej I dan maruah keluarga kita." - Mama Pelangi indah mula muncul dalam hidup Imani bila hadirnya Ilham sebagai suami walaupun mereka kahwin tanpa cinta. "Busy?" - Imani "Agak-agak jadi suami awak sepanjang hayat, busy tak?" - Ilham Buat pertama kali dalam hidup Imani, ada seseorang yang cuba membahagiakan dan menyayangi diri dia tanpa lelah dan jemu. "Apa maksud awak hacker?" - Imani "Saya hacker sistem hati awak." - Ilham Malangnya, pelangi indah hanya seketika bila mama muncul menuntut janji. Dan bila nyawa yang menjadi taruhan, ada hati yang terpaksa menanggung derita. "Saya sayang awak. I love you. Saya tak mampu berpisah dari awak, Imani." - Ilham "Selagi awak ada dalam hidup saya, mama akan sentiasa menghantui hidup saya." - Imani "Saya ceraikan awak dengan talak satu, Imani binti Abdullah." - Ilham Selepas tiga tahun, mereka bertemu kembali. Walaupun dalam hati masih berlagu cinta, namun semuanya sudah berbeza. "Do I know you?" - Ilham "Awak mungkin tak kenal saya. Tapi saya kenal awak." - Imani "Siapa saya pada awak?" - Ilham Jika benar perasaan cinta itu masih wujud, mengapa Ilham mula berubah dingin? Masihkah ada peluang untuk mereka berdua? Atau anak luar nikah .. seperti Imani harus menderita selamanya?
Aku atau Dia? by aeeynw_
24 parts Ongoing Mature
" Kau yakin yang kau takkan buat perkara yang sama? Kau yakin yang kau takkan berubah? Kau yakin yang kau akan ada dengan aku selama-lamanya? Aku ni trauma dengan kata-kata, trauma dengan janji. Kenapa semua yang datang pada aku suka sangat buat hati ni macam mainan? Aku penat!!"- IRIS SOFEA IRIS SOFEA, seorang perempuan yang setia dan memilih segala serba kekurangan setiap orang kerana baginya rupa dan harta itu tidak penting. Namun, disaat dia terlalu sayangkan seseorang bukan mudah untuk dia melepaskan sehinggalah hatinya tawar, barulah dia memilih untuk pergi sehingga ada yang menyalahkannya, padahal disebakan sikap seseorang yang membuatnya lelah dan trauma. Di saat hadirnya orang baru, dia memberi peluang kepada dirinya untuk meletakkan kepercayaan kepada seseorang, namun Iris masih terbayang dengan traumanya. Mengapa? Apakah punca Iris sebegitu rupa? " You deserve to get a true love Iris," - BILLAL HAFIZH ATHAILLAH. Billal Hafizh Athaillah, seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan tanggungjawabnya dan memiliki perniagaan besar dari keluarganya. Walau bagaimanapun, Hafizh bukanlah seorang yang mudah mengalah. Dia percaya bahawa akan ada sinar di sebaliknya. " Tolong la Iris. Saya difitnah,"- BILLAL HAFIZH ATHAILLAH " Dalam perut dia tu anak awak kan? Don't lie to me, Hafizh!"- IRIS SOFEA " I will never give up, Iris"- SYED IDHAM Di saat Hafizh dan Iris ingin membina mahligai cinta, bermacam-macam ujian yang mendatang. Sehingga menyebabkan pembunuhan di antara mereka. Syed meyakinkan pada Iris bahawa dia telah berubah. Dalam masa yang sama, Aina Natasha mengaku pada Iris bahawa dia telah 'tidur' bersama Hafizh membuatkan mereka hampir berpisah. Adakah Iris benar-benar mendapatkan cinta yang sejati? Adakah Hafizh dapat meyakinkan pada Iris bahawa dia dikhianati? Dengan siapa Iris pilih?
You may also like
Slide 1 of 9
AKU atau DIA ? | COMPLETE cover
【C】SABAR SEORANG LELAKI cover
Hidup Dalam Mati [Completed] cover
𝙴𝚕𝚖𝚒𝚊𝚣 𝙷𝚊𝚒𝚍𝚊𝚛: 𝙻𝚎𝚌𝚝𝚞𝚛𝚎𝚛 𝙳𝚞𝚍𝚊 𝙷𝚘𝚝 (𝙲)  cover
Dia - Ebook (Jampi Cinta Ilham) cover
Nuh's Secret Wife [C] cover
Aku atau Dia? cover
Antara X Dan Y (Suamiku Cikgu) Complete ✅ cover
Mrs Clown [COMPLETED] cover

AKU atau DIA ? | COMPLETE

21 parts Complete

Azira Nur Qaireen... seorang gadis biasa yang menyimpan perasaan rahsia terhadap lelaki bernama Muhamad Airil Zafran sejak zaman sekolah lagi. Cinta yang dipendam kemas, tanpa pernah terucap. Namun takdir mempermainkan rasa, Zafran seolah tidak pernah melihat kewujudan Qaireen lebih dari seorang kawan. Bertahun berlalu, hidup Qaireen berubah. Ketika luka lama hampir sembuh, dia diuji lagi. Kali ini dengan sebuah pilihan. Antara Zafran, iaitu lelaki yang diam-diam pernah menghuni hatinya, atau Tengku Amsyar Suhaimi, iaitu sahabat yang setia menemani jatuh bangunnya. Saat dua hati berdiri di hadapannya, meminta jawapan, Qaireen sedar... cinta tidak pernah sesederhana memilih satu nama. Ia tentang keberanian, tentang luka yang perlu dimaafkan, tentang kepercayaan yang perlu dibina semula. Dalam perjalanan memilih, Qaireen belajar satu perkara, kadang-kadang, orang yang benar-benar mencintai kita... adalah orang yang pernah kita lupakan. "Aku tak janji untuk jadi sempurna. Tapi aku janji, untuk sentiasa ada dengan kau, Qaireen." - Muhamad Airil Zafran "Aku tak akan pernah berhenti berjuang... walaupun hati kau bukan untuk aku." - Tengku Amsyar Suhaimi "Bila hati diberi pilihan... adakah aku berani memilih untuk bahagia?" - Azira Nur Qaireen Antara kenangan, pengkhianatan, dan janji-janji baru, mampukah Qaireen akhirnya memilih hati yang tepat? Penjana idea: 1. Farisha Alya (author) 2. Qaireen Aira 3. Nur Umaira 4. Amirah Afina