[Spin-off Atma Ziyyan Fael] . "Dia indah, namun terlalu rapuh untuk mekar..." Itulah kata-kata pertama yang dituturkan oleh Thaqif Azfar sewaktu memandang si gadis ayu, Che Mawar Azalea buat pertama kalinya. Satu kejadian yang tak terduga menyebabkan rantai hubungan mereka bersimpul tanpa dipinta. Sekali lihat, hubungan mereka nampak indah. Disulami dengan tawa bahagia, gurau senda dan akhirnya mereka bersatu di jinjang pelamin pada usia yang masih muda. Namun tidak lengkaplah rencah sebuah kehidupan jika tiada ujian dan dugaan, bukan? Tidak semestinya cuaca panas hingga ke petang, sudah tentu ada hujan pada waktu tengah hari. Kesetiaan dan cinta sang suami diuji tatkala mengetahui si isteri tidak boleh hamil lagi. "Untuk apa abang pertahankan hubungan kita kalau saya sendiri tak mampu nak bagi zuriat untuk abang?" -CHE MAWAR AZALEA "Mawar buatlah macam mana pun, abang takkan lepaskan Mawar. Akad yang pernah abang lafazkan di hadapan ayah adalah janji abang untuk lindungi Mawar, bukan buat Mawar terluka macam ni." -THAQIF AZFAR Semudah itu dia tak akan melepaskan wanita yang sudah berjaya bertakhta dalam hatinya setelah bertahun-tahun dibiarkan kosong tiada penghuni. Tapi satu kebenaran yang agak gelap membuatkan kepercayaan Thaqif terhadap sang isteri goyah seketika. "Aku pun ada masa lalu yang aku sendiri tak mahu ingat. Kejadian itu seolah-olah menjerut diri aku dalam diam. Semakin lama hirisan pisau itu semakin dalam, sehingga meninggalkan bekas parut yang tak mungkin akan sembuh." -THAQIF AZFAR Sedang mereka asyik bergelut dalam konflik rumah tangga, satu peristiwa menyebabkan pola kehidupan mereka berubah 180 darjah. Mereka menjadi seperti orang asing yang tak pernah kenal. "Maaf, encik siapa? Kenapa ada dekat sini?" -CHE MAWAR AZALEA Start : 12 December 2024 End : Status : -All Rights Reserved
1 part