⚠️STILL LEARNING!!
🔊Ada banyak perubahan.
🔊kalau tak suka story ni jangan baca.
🔊kalau ada ayat yang salah, tolong tegur.
Adreanna Sophia, atau lebih dikenali sebagai Rea, pewaris mafia Itali Darken Aveny, terpaksa kembali ke Malaysia atas satu misi: menyiasat restoran keluarganya, Night's, yang disyaki menjadi sasaran pihak luar. Dengan semangat membara dan minda strategis yang diwarisi dari neneknya, Nek Mela, Rea tidak pernah menjangkakan bahawa tugas ini akan membawa dia ke dalam permainan penuh tipu daya.
Di pihak lain, Aakif Ar-Rayyan, seorang chef berbakat di restoran Night's, memegang identiti yang jauh lebih gelap. Sebagai ketua mafia Kaida's, musuh ketat Darken Aveny, Aakif mempunyai agenda tersembunyi. Dia menyusup ke restoran itu untuk menghancurkan organisasi Rea dari dalam-tanpa menyedari bahawa kehadirannya akan menimbulkan dilema yang lebih besar daripada permusuhan.
Namun, ada satu kelebihan berpihak kepada Aakif: Rea tidak mengenali identiti sebenarnya.
Ketika mereka semakin rapat, hubungan profesional yang dingin mula berubah menjadi sesuatu yang sukar diabaikan. Rahsia demi rahsia terbongkar, menjerat mereka dalam konflik antara dendam, tugas, dan perasaan. Aakif harus memilih antara kesetiaan kepada Kaida's dan perasaannya terhadap Rea, manakala Rea mula bergelut dengan kebenaran di sebalik wajah tenang Aakif.
Dalam permainan cinta dan kebencian ini, siapa yang akan menang? Dan jika mereka memilih satu sama lain, apa yang sanggup mereka korbankan?
"Cinta adalah bahaya paling manis, dan dalam dunia ini, hanya mereka yang berani yang akan bertahan."
⚠️ Amaran Hak Cipta ⚠️
Cerita ini adalah seratus peratus hasil idea saya. Segala watak dan jalan cerita dalam kisah ini merupakan ciptaan saya sendiri. Jika terdapat sebarang persamaan dengan karya lain, itu hanyalah kebetulan semata-mata dan tidak disengajakan.
"membongkar rahsia yang terselindung"
Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina diasak keputusan.
Tidak semena-mena muncul sebaris nama yang Irdina tidak pernah dengar...
Muhammad Al-Fathi.
Lelaki itu membeli Rangkasa termasuk kerugiannya sekali.
Irdina mencari siapa Muhammad Al-Fathi.. Semakin dia mencari, semakin banyak rahsia yang perlu dibongkar, semakin dia mencurigai Muhammad Al-Fathi.
Siapa sebenarnya Muhammad Al-Fathi?
#1 politik