Perfect Sky
  • Reads 24,323
  • Votes 2,638
  • Parts 50
  • Reads 24,323
  • Votes 2,638
  • Parts 50
Ongoing, First published Nov 25, 2024
17 new parts
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta.  Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. 

Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu.  Orkid perlu segera berkahwin.

Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. 

"Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina

"Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- 

Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. 

"Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas 

Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. 

Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan.

Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
All Rights Reserved
Sign up to add Perfect Sky to your library and receive updates
or
#139billionaire
Content Guidelines
You may also like
QAID BUAT SEROJA by rianrevello
40 parts Complete
04 | QAID BUAT SEROJA [ spin off hemlock ] MEGAT QAID | SEROJA AIRIS " Kalau Allah dah kata dialah orangnya , maka dialah aku terima " Hilang jejaknya sejak dua tahun lalu bila dia mencekup seorang gadis muda yang mencuri di satu kedai serbaneka . Mahu dibantu tapi bak kata Yara Hanina , lepaskan sahaja . Firasat inspektor polis itu mengatakan gadis itu akan tetap berpegang pada janjinya . Janji tidak akan mencuri . Boleh percaya ? Pertemuan kembali saat Megat Qaid membantu Seroja Airis yang berada dalam kesusahan . Seroja bakal hidup di dalam penjara neraka buatan manusia gara-gara kekejaman keluarga saudaranya sendiri . Iblis semuanya tu ! " 30 ribu tu banyak , pakcik . Bagilah saya bayar balik . Ke pakcik ni memang nak beli saya ? Sebagai bayaran susu strawberi saya curi dua tahun lepas ? " - Seroja Airis " Kenapa eh permikiran kau ni cetek sangat ? Muka aku ni nampak macam orang jahat beli kau ke , budak ? Aku ni tolong kau keluar daripada neraka jahanam dalam sana kau faham tak ? " - Megat Qaid Jarak umur yang tidaklah terlalu jauh bukan menjadi halangan hati untuk berputik rasa . sedikit sebanyak Qaid suka dengan sikap semula jadi Seroja . kalau orang lain lihat gadis itu biasa sahaja tapi pada matanya Seroja nampak luar biasa . " Why ? Jarang orang panggil kita Seroja " - Seroja Airis " I prefer classic names more than modern names . Seroja . Kan sedap tu ? Seroja is flower , Airis also means flower . Beautiful meaning . Nama cantik macam tuannya " - Megat Qaid start : 09 Oct 2022 end : 05 Dis 2022
Milik Zuyyin Safiyya by Syu_semboyy
9 parts Ongoing
Lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja untuknya? Ya. Termasuk melepaskannya dengan alasan yang cukup bodoh pernah dia dengar. "Saya rasa awak dah tak cintakan saya" Aku? Tak cintakan dia lagi? Siapa yang tidak cintakan siapa sebenarnya ni? Bukankah lelaki itu yang memiliki wanita lain dibelakangnya? Mengapa harus namanya yang dipetik sebagai alasan perpisahan mereka? Dia sudah lelah. Dilepaskan sahaja lelaki itu pergi. Dibiarkan sahaja namanya menjadi watak antagonis dalam kisah lelaki itu. Dia hanya punya satu tujuan saat itu. Berjaya. Dia tidak ingin kehilangan lelaki itu menjadi penyebab dia tidak fokua belajar. Masakan pendidikannya juga harus gagal kerana lelaki yang bukan siapa-siapa itu bukan? "Zuyyin Safiyya? That's sounds beautiful" Kehadiran seorang lelaki aka pensyarah barunya buatkan sekali lagi semangatnya goyah. Mengapa lelaki itu kembali lagi dalam hidupnya dan.. mengapa dia seolah-olah lupa akan dirinya? "What do you mean? It's our first meet" First meet? Lupakah lelaki itu dengan ayat-ayat pedas dan menyakitkan yang pernah dia tuturkan kepadanya? Tapi.. bukankah itu lebih baik? Biarkan dia sahaja yang simpan kata-kata itu walaupun tanpa tahu alasan ayat itu dilemparkan kepadanya. "Saya dah maafkan" Iya.. saat dia menerima lelaki itu, segalanya sudah ditutup. Dia tidak lagi ingin memandang ke belakang. Hidup baru dibina. Namun.. rumah tangga tanpa ujian itu bagaikan satu hal yang mustahil. Saat itu.. satu persatu masalah datang. "Abang minta maaf sayangg" Tatkala kata maaf itu terucap. Dunia Zuyyin hancur tetapi mengapa dunia lelaki yang terlihat baik-baik sahaja itu lebih teruk badainya? Mampukah dia membenci apabila lelaki itu rela berlutut demi keampunan darinya? "Abang yang salah sayangg" Tuhan.. reaksi apa yang harus dia berikan? Mampukah keampunan dia berikan atau sebenarnya dia yang harus berlutut? Memohon keampunan atas dosa yang tidak pernah dia tahu?
[ OG ] The Unbreakable Love : Hazeem Hayder by fiqalynaaa
68 parts Ongoing
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : -
You may also like
Slide 1 of 10
Dia Amanah Buatku | OG cover
QAID BUAT SEROJA cover
Atma Arjuna cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Cinta Untuk Mr.Smurf cover
Peluang Kedua Buatku | ᥴ cover
HEALER  cover
Putra Izhar (SU) cover
Milik Zuyyin Safiyya cover
[ OG ] The Unbreakable Love : Hazeem Hayder cover

Dia Amanah Buatku | OG

42 parts Ongoing

KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End -