Novel Rindu Masih Bertalu (Sasasera) TERBIT!

Novel Rindu Masih Bertalu (Sasasera) TERBIT!

  • WpView
    Membaca 2,401
  • WpVote
    Vote 58
  • WpPart
    Bab 10
WpMetadataReadBersambung
WpMetadataNoticePublikasi terakhir Sab, Feb 22, 2025
WpInfo
Fiksi
Romansa
Rindu Masih Bertalu - Sasasera sudah terbit sebagai novel di bawah Atap PublicationMereka pernah terpisah kerana ingin menjaga maruah Farah Ilyani tapi akhirnya jodoh tetap milik Ezzatul Syazleen dan Khairil Bazli. Ezzatul tidak pernah terbayang, mahligai perkahwinannya bersama Bazli yang sangat bahagia dan diserikan lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka Iman Adli mula dilandai badai bila musibah melanda Farah, bekas isteri suaminya. Simpatinya yang menggunung bertukar menjadi cemburu yang menggigit seluruh sanubari. "Sampai hati abang buat Sya macam ni. Abang dah sia-siakan peluang kedua yang Sya beri. Abang khianati cinta kita. Ini bukti cinta yang abang agung-agungkan sangat selama ni?" -Ezzatul- Bagi Bazli pula cinta matinya hanya buat isterinya, cuma dia dihimpit rasa kesian pada Farah dan taatnya dia pada syurganya, Puan Sri Lin. Dan bila kebenaran terbentang di depan mata. Ezzatul rasa dikhianati lagi oleh Bazli, seolah-olah peluang kedua yang diberikan langsung tidak bernilai bila ibu mertuanya ingin dia bermadu dengan Farah. "Sayang jangan buat abang macam ni. Abang tak mampu nak pilih sayang. Abang betul-betul tak mampu. Mama syurga abang dan sayang cinta hati abang." -Bazli- Satu tragedi hitam telah mengubah segala-galanya. Ezzatul Syazleen hilang warasnya. "Hari ni saya kelar tangan, esok saya tak tahu saya akan buat apa lagi." -Ezzatul- "Sayang hukum la abang dengan hukuman apa pun tapi abang mohon sayang jangan minta abang berpisah dengan sayang. Sayang cakap dengan abang apa yang perlu abang buat untuk sayang maafkan abang." -Bazli- "Farah rela bermadu dengan Ezza." -Farah- Mampukah mereka kembali bahagia bila Ezzatul depresi dan berkali-kali cuba bunuh diri? Akan dapat bertahankah rumah tangga mereka bila Ezzatul bencikan suaminya, Bazli? Rindu Ezzatul masih bertalu untuk Bazli ataupun sudah terhenti sejak tragedi berdarah itu? Apa yang akan jadi pada Farah? Dan siapa Laith Ishak? Ketahui semua jawapannya dalam Novel Rindu Masih Bertalu.
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang
#186
sadromance
WpChevronRight
Bergabunglah dengan komunitas bercerita terbesarDapatkan rekomendasi cerita yang dipersonalisasi, simpan cerita favoritmu ke perpustakaan, dan berikan komentar serta vote untuk membangun komunitasmu.
Illustration

anda mungkin juga menyukai

  • Panahan Matamu
  • 𝑫𝒂𝒓𝒂 𝑷𝒖𝒋𝒂𝒂𝒏 𝑫𝒖𝒅𝒂 (𝑯𝒊𝒔 𝑯𝒆𝒂𝒓𝒕'𝒔 𝑫𝒆𝒔𝒊𝒓𝒆)  | 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐢𝐭
  • 𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
  • Cinta Kita✔️
  • Dia Untuk Aku
  • Rayyan Aidan (Love And Trust) II Complete
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]

FARAH DINA seorang doktor haiwan yang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Tetapi tahap Dina membantu orang dalam kategori 'terlebih'. Sebab itu la Dina selalu saja bergaduh dengan orang sana sini. Pening Puan Dariah dengan sikap anak ketiganya itu. Disebabkan sikap Dina yang kasar, Puan Dariah penat mengatur jodoh untuk anak gadisnya itu. Bagi Dina pula, dia tak suka ibunya mengatur jodohnya. Lagi-lagi ibunya terlalu obses dengan seseorang berpangkat doktor. Sudahlah anak dipaksa menjadi doktor, calon menantu pun haruslah berpangkat doktor juga. Siapa sangka kemunculan Jazli a.k.a Doktor Jazli membuatkan impian Puan Dariah seakan-akan tercapai. Dan bonus bagi Puan Dariah, rupa-rupanya Jazli ialah rakan baik Dina ketika zaman sekolah. "Panahan matamu tetap sama macam dulu! Hati ni terus cair." - JAZLI Persahabatan mereka terjalin sekali lagi. Bagi Jazli, dia menyimpan rasa terhadap Dina. Cuma dia takut meluahkan perasaannya kerana sayangkan persahabatan mereka. Namun kemunculan Ciara, bekas tunang Jazli menghuru-harakan hidup dan perasaan mereka. Bukan itu sahaja, Aidan tiba-tiba muncul kembali dalam hidup Dina sekali gus mengganggu emosi Dina. "Apa niat you sebenarnya nak hantar rombongan meminang ke rumah I?" - DINA "Simple saja! Nak pinang you la." - AIDAN "You ingat I ni bodoh sangat nak percaya cakap you, hah? I kenal you siapa, Aidan! Lelaki macam you penuh dengan tipu muslihat. You ingat you boleh kenakan I dengan cara begini?" - DINA Hidup Dina menjadi huru-hara sehingga nyawanya berkali-kali terancam akibat orang di sekelilingnya yang 'menggila'. Masalah dalam keluarganya turut mengganggu hidupnya. Dan yang penting, perlukah hubungan persahabatan ditukar kepada cinta?

Detail lengkap
WpActionLinkPanduan Muatan