(Muhammad Qays Alfatih x Ainul Ailiya Fatini) Mengesahkan tentang Muhammad Qays Alfatih dan Ainul Ailiya Fatini. Bermula dari sahabat berakhir dengan kekecewaan. Tak, tak gurau aje. Mestilah berakhir dengan percintaan. Perjalanan persahabatan mereka bermula daripada hubungan keluarga yang rapat, dan itu penyebab mereka cukup kenal antara satu sama lain. Kisah tentang persahabatan tidak semuanya bertukar kepada percintaan, tetapi hubungan persahabatan bertukar kepada cinta adalah jalan cerita bagi kisah ini. Itu adalah perasaan Qays kepada Ailiya. Macam mana perasaan Ailiya terhadap Qays pula? Jawapannya hanya sekadar kawan, kalau lebih pun abang dan adik. Ailiya tidak percayakan cinta. Tidak percaya? Atau trauma? "Berapa kali Liya nak cakap dengan Qays? Liya tak percayakan cinta. Dan cinta tak wujud, di dalam dunia nyata, hanya fiction semata-mata" -Ainul Ailiya Fatini Dia sebagai penulis hanya percayakan cinta wujud di dalam dunia fiction dan tidak wujud, di dalam dunia nyata. Mereka berpisah selama lima tahun. Dan selepas lima tahun itu Qays kembali dengan gelaran Ustaz Muhammad Qays Alfatih. Dia kembali untuk membuktikan kepada Ainul Ailiya Fatini yang cinta itu bukan hanya sekadar rekaan, tetapi sebaliknya. 'Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk mu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu betul-betul terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir' (QS. Ar-Rum: 21)All Rights Reserved