JELITA SURIA, anak gadis Encik Johan. Seorang yang patuh dan taat dengan perintah abahnya. Sentiasa mengingati hukum agama dalam semua perkara dalam hidupnya. Jelita yakin, kepatuhannya itu akan menjanjikan bahagia. Sehinggalah, sebuah lamaran mengubah perjalanan hidupnya.
"Abah nak Jelita tinggal di Kairo."
Asbab sebuah lamaran, Jelita dihukum oleh abahnya.
"Jelita percaya segala keputusan abah adalah yang terbaik untuk Jelita. Tapi, Jelita mohon... lepas ni abah tolong jangan harapkan yang terbaik daripada Jelita."
Jelita pergi membawa hati yang kecewa, tanpa mengetahui apa sebenarnya menanti dirinya selepas itu.
MIRZA HAIDAR, insan pertama yang menghantar lamaran buat Jelita. Silapnya, dilamar Jelita saat usia gadis itu belum pun mencecah 17 tahun. Lamarannya ditolak mentah-mentah.
"Apa susah... nanti dah habis housemanship, masuklah meminang semula. Takkan abah dia nak tolak lagi... dah kerja kut masa tu."
RAED, pertama kali melihat foto sepupunya, Jelita, hatinya terpaut. Lalu, menggunakan 'kabel' yang dia ada untuk melihat Jelita dengan lebih dekat. Kabel yang kuat membuatkan dia berjaya. Jelita tiba di Kairo. Tapi, hati Jelita tetap tidak mampu dicuri dengan mudah.
"Tapi kalau dah sampai masa nanti, Jelita kena consider lamaran abang dulu, sebelum orang lain."
PERKASA ARMANA, bertahun-tahun lalu, hatinya dicuri oleh si gadis yang bernama Jelita. Namun, rasa itu kekal rahsia di dalam hatinya. Walaupun takdir mengatur perjalanan Perkasa di lorong yang berbeza, namun dia tetap menjadikan gadis itu sebagai idola.
"Aku pun mahal macam Jelita."
Tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama. Ingin lamaran mereka diterima oleh Jelita. Namun, pilihannya hanya di tangan Jelita.
STATUS: NOVEL FIZIKAL & EBOOK
ISBN: 978-967-2128-81-6
TERBITAN: FIXI
KELUARAN: JANUARI 2019 (E-BOOK)
CETAKAN: MAC 2019 (CETAK)
*SAGUHATI SAYEMBARA BUKU FIXI 2017/2018
*BAB 1 & 10 TEASER ADA DI DALAM!
BLURB:
Selepas beberapa remaja yang dilaporkan hilang ditemui mati dalam keadaan hati mereka dikeluarkan dari tubuh, Inspektor Mika semakin bingung. Dia tidak tahu sama ada mereka berdepan dengan sindiket pencuri organ atau pembunuh kejam berdarah dingin. Yang anehnya, kesemua mangsa yang hilang pernah menjalani pemindahan hati dan dirawat oleh Dr Zamarul, teman baik abangnya sendiri. Kebetulan atau sesuatu yang sedang mereka cari?
Selepas adik Mika, Kay, mengalami pembedahan hati akibat kemalangan, dia mula mendengar suara-suara dalam kepalanya, meminta pertolongan. Kay didorong untuk membantu mereka oleh Farish, lelaki misteri yang mula-mula dikenalinya hanya dalam mimpi.