Zulaikha, atau Diva Zula, pernah bersumpah tidak memerlukan bantuan sesiapa, termasuk Luqman, lelaki yang dianggapnya musuh. Ironinya, Luqman sentiasa hadir tanpa diminta, terutama ketika hidup Zulaikha dilanda masalah. Amal, lelaki yang menyimpan cinta mendalam terhadapnya, juga tetap setia walaupun cintanya tidak berbalas.
Dunia Zulaikha berubah kelam apabila keluarganya terkorban dalam kemalangan tragis. Dalam kedukaan itu, dia bertemu semula dengan Luqman dalam situasi tidak dijangka-kerana seekor kambing. Pertemuan demi pertemuan yang penuh sindiran dan jenaka mempertemukan dua hati, walau mereka tidak pernah mengakuinya.
Dua tahun berlalu, Amal tetap menanti dengan harapan, namun takdir terus menguji Zulaikha. Dia dipersalahkan sebagai pembawa malang, dan beban itu hampir menghancurkan jiwanya. Di saat paling gelap, Luqman sekali lagi muncul. Kata-kata yang penuh makna dan pandangan yang sarat emosi daripada Luqman menyentuh hati Zulaikha yang selama ini terluka.
Akhirnya, air mata yang lama dipendam jatuh juga. Dalam kegelapan hidupnya, adakah Luqman sentiasa menjadi penyelamat yang setia? Atau adakah takdir punya rencana lain untuk Zulaikha?
🥀Tengku Rayden Albert
Nama seorang jejaka yang tampan,berdarah dingin dan disegani oleh orang ramai kerana dia adalah anak kepada Tengku Albert Reandra iaitu seorang yang berpengaruh dan jutawan di dalam bidang perniagaan.Jejaka ini juga CEO di sebuah syarikat yang bernama AR's Holding.
🥀Hannah Audia
Seorang gadis yang memiliki senyuman yang manis,ayu dan keras kepala.Dia seorang yang mahir dalam bidang memasak.Memiliki sepasang mata berwarna coklat kehitaman itu menampakkan dia lebih lagi menarik dan cantik.
Satu persatu kebenaran mulai terbongkar selepas mereka berdua berkahwin.Tengku Rayden Albert telah menduakan cinta Hannah Audia.Dia menyeksa fizikal dan mental isterinya sehingga membuatkan Hannah Audia mulai membencinya.
Hari demi hari,bulan berganti bulan,perilaku Tengku Rayden Albert kepada Hannah Audia telah membuatkan Hannah Audia mulai menjauhkan dirinya daripada Tengku Rayden Albert dan mahu memulakan hidup barunya.
Hannah Audia nekad untuk berubah dari semua segi termasuklah hatinya,dia kembali dengan kedinginan yang teramat dalam di hatinya dan dia sudah berjanji dengan dirinya bahawa dia tidak akan menerima kembali 'lelaki' yang telah musnahkan dan hancurkan kehidupannya.
"Maafkan abang sayang.Abang nak betulkan balik keadaan kita berdua.Abang betul-betul menyesal akan apa yang telah abang buat dekat sayang beberapa tahun yang lalu.Tolong,kembali kepada abang semula"
-Tengku Rayden Albert-
"Maaf,perempuan miskin macam saya ni tak layak nak jadi isteri tengku dan berada di sisi tengku.Anggaplah kita berdua sudah tiada jodoh.Berbahagialah dengan pilihan hati tengku yang tengku idamkan selama ini.Saya akan mulai kehidupan baharu saya tanpa tengku."
-Hannah Audia-
Adakah cinta Tengku Rayden Albert akan diterima kembali oleh Hannah Audia setelah apa yang dia buat kepada Hannah Audia?
Adakah mereka berdua akan bersatu kembali?
DILARANG PLAGIAT CERITA SAYA❗❗🚫
NO CIPLAK TOO❗🚫
Start: May 2023
End:?