58 parts Complete MatureSinopsis | Doktor, Luka Ini Milikmu 
By Harihaysamy
Pertemuan itu bukan kebetulan, tapi takdir yang menyembunyikan luka.
Aisya Hannah tidak pernah menyangka, menemani teman serumahnya, Alisa Haura ke hospital akan mengubah seluruh hidupnya. Dalam bilik rawatan yang tampak biasa, hatinya bertemu debar - pada seorang lelaki bernama Dr. Luth Zayden.
Tegas. Pendiam. Penuh rahsia.
Luth bukan sendirian. Dia disokong dua sahabat yang setia - Dr. Adam Naufal yang matang dan suka menyakat, serta Dr. Fathi Hamzah yang tenang dan berprinsip. Mereka adalah tulang belakang dunia perubatan - dan kini menjadi pelengkap dalam kisah cinta yang mula berputik.
Namun, kisah indah tidak pernah sunyi dari dendam.
Dr. Aleya Naziha, seorang HO, menyimpan bara di hati. Bagi Aleya, Hannah tidak layak berdiri di sisi Luth. Cemburu berubah menjadi dendam. Satu demi satu cubaan menggugat kepercayaan, hingga akhirnya tragedi berlaku - di percutian bulan madu Hannah dan Luth.
Satu tolak ke gaung, satu nyawa terkorban...
Luth hanya mampu mengenang, bukan menggenggam.
Lisa dan Rose Shaza, dua insan yang pernah menemani Hannah, kini kehilangan kata.
Tapi... apa yang kita sangka berakhir, kadang cuma permulaan yang menunggu untuk dibuka kembali.
Kerana cinta yang sebenar, takkan pernah benar-benar pergi.