Sinopsis
Tengku Xavier Iskandar x Sofie Melisa
(Book 1 )
Tengku Xavier Iskandar - lelaki yang kejam dan dingin, disegani kerana auranya yang penuh misteri. Namun, jauh di sebalik pandangan itu, tersembunyi rahsia kelam yang menghantui hidupnya.
Sofie Melisa - gadis yang dipenuhi luka dan derita. Ditindas oleh keluarganya, dia dihina dan disalahkan atas kematian kakaknya, Nara Unira. Tragedi itu menjadikan Sofie pembawa sial di mata keluarganya, sehingga dia dihalau tanpa belas.
Pertemuan tak terduga antara Sofie dan Xavier mengubah segalanya. Sofie, yang diselamatkan oleh Xavier, mula hidup di rumah keluarga lelaki itu. Namun, tanpa dia sedari, kehadirannya dalam keluarga Xavier membuka lembaran baru - penuh dengan tipu daya, cinta, dan rahsia.
Dunia Sofie hancur saat dia mengetahui bahawa Xavier adalah bekas kekasih kakaknya. Lebih mengejutkan, kakaknya mungkin masih hidup.
Mampukah Sofie memaafkan masa lalu Xavier? Dan, apakah dia sanggup menghadapi kebenaran yang boleh menghancurkan seluruh kehidupannya?
Cinta mereka diuji oleh rahsia yang tidak pernah terbayang, tetapi adakah mereka mampu bertahan hingga ke akhirnya?
Rahsia yang tersembunyi mampu membinasakan, tetapi adakah cinta cukup kuat untuk menyelamatkan?
Start:12/12/24
End:17/01/24
[ 2022 ] - diedit semula. slow update
First story |
"Kuatlah kerana Allah"
****
Muhammad Asyqar Al-Wajdi - seorang yang berwatakan dingin dan pendiam. Dia tidak mempunyai ramai kawan disebabkan sikapnya yang pendiam.
Namun, setelah dia dan keluarganya berpindah, dia ditemukan dengan seorang gadis perempuan yang merupakan jiran sebelah rumahnya.
Hidupnya yang dahulu muram kini menjadi seperti sediakala setelah dia bertemu dengan gadis itu walaupun pada mulanya dia agak tidak menyukai gadis tersebut.
Di saat dia hampir mencapai bahagia, Khairul Affan mula memunculkan diri. Satu persatu kejadian mula dibongkarkan.
Apakah yang berlaku kepada Wajdi suatu ketika dahulu sehingga dia berubah menjadi seorang yang dingin dan pendiam? Siapakah Khairul Affan? Nantikan..
"Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman)." (Surah al-Baqarah [2]: 257).
START : 31/1/21 | 14/4/22
END :