The Bloodline: Cursed Shadows

The Bloodline: Cursed Shadows

  • WpView
    LECTURAS 63
  • WpVote
    Votos 8
  • WpPart
    Partes 6
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación vie, ene 31, 2025
Dua keluarga, satu misteri gelap. Rahsia yang mengikat takdir mereka. Alia Sophia menjalani hidupnya dengan satu tujuan-mencari jawapan kepada pembunuhan tragis yang meragut nyawa ibu bapanya. Sebagai wartawan jenayah, dia menggunakan setiap peluang untuk membongkar kebenaran, tetapi tugasan barunya membawa dia ke dunia Damien Rayyan, seorang usahawan kacukan melayu-jerman yang penuh rahsia. Damien kelihatan sempurna di mata dunia-kaya, berkuasa, dan tidak terkalahkan. Namun, di sebalik pesona dinginnya, dia menyembunyikan kisah pilu: ibu dan adiknya dibunuh dengan kejam, meninggalkan luka yang tak pernah sembuh. Ketika namanya terpalit skandal korupsi, Alia dihantar untuk menyiasat, tanpa menyedari bahawa pertemuan mereka akan membuka pintu kepada rahsia yang jauh lebih gelap. Alia dan Damien mendapati diri mereka terperangkap dalam konspirasi yang melibatkan keluarga mereka. Rahsia silam mula terbongkar, menyatukan tragedi mereka dalam satu benang merah berdarah. Ketika ancaman semakin dekat dan Alia menjadi sasaran, Damien membuat tawaran drastik-melindungi Alia dengan apa cara sekalipun, walaupun itu bermakna mengorbankan dirinya sendiri. "Kahwin dengan aku Alia..aku akan pastikan kau selamat dalam jagaan aku.." - Damien Rayyan. "Awak ingat kahwin tu sehari je ke?" - Alia Sophia. Namun, dalam perjalanan memburu kebenaran, mereka menyedari musuh sebenar tidak selalu berada di luar, tetapi di dalam bayang-bayang keluarga sendiri.
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • Pensyarah Itu Suami Aku
  • Meliana and the man behind the commando mask.
  • KELAM DI SEBALIK SINARNYA
  • 36 JAM
  • 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐦𝐢𝐥𝐢𝐤𝐢 𝐒𝟐 (𝐎𝐆)
  • The Devil's Wife
  • MIJAN
  • Manis Tentang Kita (Free Chapter)

SINOPSIS: PENSYARAH ITU SUAMI AKU Arisya Damia, pelajar tahun akhir jurusan Undang-Undang, hidupnya kelihatan biasa-rajin, dingin, dan tidak suka menonjol. Tapi di sebalik wajah polos itu, tersembunyi satu rahsia yang langsung tak boleh diketahui sesiapa: dia isteri kepada pensyarahnya sendiri, Dr. Aidan Rayyan, lelaki yang menjadi igauan setiap gadis di kampus. Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta, tetapi atas perjanjian keluarga-untuk membalas budi. Tapi siapa sangka, lelaki yang kelihatan tegas dan dingin itu, mula membuka ruang di hati Arisya. Sentuhan mata, senyuman kecil, dan detik curi-curi masa antara kelas menjadi lebih bermakna dari yang disangka. Namun, segalanya jadi rumit bila muncul orang ketiga - Elena, anak orang kenamaan yang juga pelajar Aidan, yang terang-terangan menyukai lelaki itu dan sanggup lakukan apa saja untuk memilikinya, walaupun menghancurkan Arisya. Dalam dunia yang penuh rahsia, status, dan permainan emosi, Arisya harus memilih: Terus sembunyikan perkahwinan mereka, atau pertahankan cinta yang mula tumbuh, walaupun seluruh dunia menentangnya. Kerana bila cinta diuji oleh ego, kuasa, dan maruah... siapakah yang akan kekal berdiri di sisi?

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido