TUAN ZAYN LUCIUS - Satu-satunya pewaris mafia The Lucius. Meneruskan legasi ayahnya bukanlah pilihan hatinya, namun tanggungjawab itu tetap terpikul di bahunya. Dunia mafia penuh dengan bahaya, tipu muslihat, dan pengkhianatan, tetapi Zayn tetap berdiri teguh sebagai pemimpin yang disegani.
ELYSHA QALYANA - Seorang doktor veterinar yang periang, mesra, dan berani. Sifatnya yang pantang dicabar telah berjaya menarik perhatian Tuan Zayn. Namun, keberaniannya turut menarik bahaya yang tidak pernah dia bayangkan.
"Shit! Don't touch her!" - Zayn
Menjadi pewaris mafia bukanlah tugas yang mudah. Setiap hari penuh dengan ugutan musuh yang tidak mengenal belas kasihan, lebih-lebih lagi apabila orang tersayang dijadikan taruhan.
"Try me if you can." - Elysha
Kehidupan Elysha mula berubah apabila dia menjadi sasaran musuh-musuh Zayn. Dia tidak pernah meminta untuk terlibat dalam dunia gelap ini, apatah lagi menjadi kelemahan bagi seorang mafia. Malah, inilah yang dia mahu elak. Namun, dia enggan tunduk dan menyerah.
Hari demi hari, cabaran semakin menggila. Musuh datang silih berganti, ancaman tidak pernah berhenti, dan cinta yang mula berputik diuji dengan begitu kejam.
Adakah cinta mereka mampu bertahan dalam dunia yang penuh bahaya ini? Atau adakah mereka ditakdirkan untuk berpisah demi keselamatan satu sama lain?
cinta di antara mereka bukanlah sekadar kisah dongeng, tetapi satu perjuangan.
30 NOV 24
(TAK RETI BUAT SINOPSIS)
Agency Series (3)
Siapa sangka kekasih hati yang hilang tanpa kata, muncul semula menghantui hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali sebagai bakal suami kepada sepupu Helena.
"You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin
Rancangan diatur dengan teliti. Helena mahu Eden rasa peritnya ditinggalkan tanpa sebarang alasan. Tambahan pula, dia sakit hati melihat Eden bahagia bersama sepupunya. Sedangkan dia?
"It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena
"It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin
Pelan yang disangka begitu sempurna, mula berantakan. Hidup Helena yang selama ini seperti seorang puteri, bertukar 180 darjah.
"Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena
"Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin
Highest rankings:
#1 novelmelayu
#1 fiksyen
#1 agency
#1 drama
#1 misteri
#1 dendam
#1 revenge
#1 romance
#1 kahwin
#1 mystery