"apa impian awak bila dah besar nanti?"- 𝐂𝐇𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊𝐀 𝐍𝐀𝐕𝐈𝐄𝐑𝐀
"saya nak jadi tentera"- 𝐙𝐈𝐃𝐀𝐍 𝐈𝐑𝐅𝐀𝐍
tiga perkataan yang cukup membuatkan chempaka terpana. tidak sangka lelaki kurus seperti zidan ini, berani memasang impian untuk menjadi tentera. dia ingat nak masuk tentera ini dengan isi borang macam nak masuk sekolah tadika ke apa?
"pft! tentera? cikgu suruh angkat meja kat kelas pun macam dah nak tumbang aje"- 𝐋𝐔𝐐𝐌𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌
zidan hanya mampu tersenyum. bagi dia, walau apapun orang sekitarnya katakan, menjadi tentera tetap menjadi tanggungjawab pertama yang perlu dia lunaskan, kerana impian itu bukan untuk dirinya, tetapi untuk seseorang yang dia cinta.
"kau suka tentera?"- 𝐈𝐋𝐘𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐇𝐈𝐑𝐀𝐇
"suka, lagi-lagi bila diaorang segak dalam uniform masing-masing"- 𝐂𝐇𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊𝐀 𝐍𝐀𝐕𝐈𝐄𝐑𝐀
mendengar kata-kata yang tercinta, terbitlah satu amanah dalam diri lelaki itu. semangat ditanam dalam diri, mental kental untuk menghadapi, untuk menyanjung tinggi warisan dan tanah air. dia akan tetap berjuang, sehingga dia dapat berdiri tegap dia atas tabir.
"siapa awak?"- 𝐂𝐇𝐄𝐌𝐏𝐀𝐊𝐀 𝐍𝐀𝐕𝐈𝐄𝐑𝐀
lelaki itu memandang tak berperasaan. berdiri tegap dan tinggi dihadapan chempaka bersama baju loreng kebanggaan negara, kerana dialah,
"𝘭𝘦𝘧𝘵𝘦𝘯𝘢𝘯 𝘬𝘰𝘭𝘰𝘯𝘦𝘭 𝘻𝘪𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘳𝘧𝘢𝘯, 𝘢𝘯𝘨𝘨𝘰𝘵𝘢 𝘱𝘢𝘴𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘦𝘭𝘪𝘵 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘦𝘳𝘢 𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢, 𝘱𝘢𝘴𝘬𝘢𝘶"