B-O-D-Y

B-O-D-Y

  • WpView
    Reads 11
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jan 6, 2025
Selama 25 tahun, Malaysia digemparkan dengan pembunuhan kejam yang berlaku setiap 5 tahun sekali. Mangsa ditemui dalam keadaan sempurna di luar - tiada tanda luka atau darah - tetapi tubuh mereka berongga. Organ dalaman mangsa telah dikeluarkan, dikeringkan seolah-olah mumi, dan kemudian dimasukkan semula dengan kemas sebelum dijahit semula. Tiada bukti, tiada jejak. Dua detektif persendirian yang juga anggota polis, Inspektor Haris dan Sarjan Idris, ditugaskan menyiasat selepas pembunuhan terbaru berlaku. Dalam usaha membongkar identiti si pembunuh, mereka menemui pola pelik dan rahsia silam yang melibatkan lebih ramai individu daripada yang mereka sangkakan. Namun, lebih lama mereka menyiasat, lebih banyak kebenaran pahit terbongkar. Mampukah mereka menghentikan pembunuh misteri ini sebelum nyawa mereka pula menjadi taruhan? Dia sentiasa memerhati. Jangan percaya sesiapa. Realiti tak seindah fantasi
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Misi IVTG
  • Killer [ C ]
  • SELAGI JASADKU BERNYAWA [COMPLETE]
  • Kes 302
  • INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL)
  • SUMPAH : Bukankah Itu Balasan Yang Setimpal?
  • Khianat
  • Mission; Who is Cerro?
  • GINJAL - sebuah novel Bali Baim
  • MISTERI BERDARAH
Misi IVTG

IVTG - singkatan 'investigation' ---- Azhad Aakif telah kehilangan ibu bapanya dalam sebuah tragedi ngeri. Lapan tahun kemudian, sahabatnya pula yang pergi mengikuti langkah ibubapanya. Melihatkan sahabat yang dianggap seperti keluarga sendiri dibunuh secara kejam dan tragis, telah menaikkan lagi api amarahnya. Dari saat itu, dia telahpun bertekad untuk mencari dan menjatuhkan hukuman ke atas si pelaku. Tekadnya yang kuat telahpun membawanya ke Bukit Aman, menjadi salah seorang inspektor di sana bersama satu misi yang diberikan nama IVTG. Dia bertemu dengan Aliff Hazmi - seorang pegawai yang telah menjadi rakan sekerjanya dari awal pertemuan lagi, dan Inspektor Zulhilmi - seorang polis bantuan dari Terengganu yang dirasainya amat menjengkelkan. Dalam dia berusaha mencari pembunuh sahabatnya, dia, Aliff dan Hilmi ditugaskan untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan bersiri melibatkan seorang pembunuh handal. Tidak meninggalkan jejak, hanya sticky note misteri sebagai petunjuk. Malah, apa yang lebih dahsyat, perungkaiaan misteri tersebut turut sama membawa Aakif kepada satu pembongkaran yang bakal merubah hidupnya. "Setiap yang hadir, pasti akan pergi. Setiap yang pergi, pasti akan diganti..." - Khairul Mustakim "Kenapa aku jadi polis, ya? Sebab aku nak elakkan perkara sama terjadi pada aku, terjadi pada orang lain." - Aliff Hazmi "Kenapa kau bunuh dia? Apa salah dia dekat kau, hah! Kau tahu tak apa yang aku dan keluarga dia lalui disebabkan kau?" - Azhad Aakif "Aku betul-betul tak nak buat ni Aakif. Tapi kalau kau tetap tak nak lepaskan suspek, maka aku terpaksa lepaskan peluru ni." - Zulhilmi "Maafkan aku..." - Farhan Fahimi Misteri berganti misteri, hinggalah akhirnya tiba penghujung buat segala penderitaan ini. Kebenaran memang menyakitkan. Tetapi akhirnya, apabila kau sedar nanti, percayalah... ia tetap akan memberi kebaikan. It's just the matter of time... ;D-21 ---- - 30% action - 40% thriller/mystery - 15% friendship - 15% motivational

More details
WpActionLinkContent Guidelines